Reaksi pelakon popular Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila ibunya, Azizah Abdul Ghani, sempat menyakatnya semasa sesi siaran langsung di aplikasi TikTok.
Dalam satu klip pendek yang dimuat naik di TikTok, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin kelihatan sedang mempromosikan koleksi tudung bersama ibu tercinta.
Ketika sesi tersebut berlangsung, Fattah bertanyakan kepada ibunya tentang gaya tudung yang dipakai hari itu. Ibunya secara bersahaja menjawab:
Gaya tudung macam ini boleh pergi majlis anak graduasi. Boleh juga pergi rumah besan. Ibu ada besan di Johor.
Jawapan itu nyata mengejutkan Fattah, yang secara spontan menunjukkan reaksi cemas , sekali gus mencuit hati penonton siaran langsung tersebut.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ekspresi wajah Fattah yang tidak mampu menyembunyikan rasa terkejutnya. Malah, ramai menganggap kenyataan ibunya itu seperti memberi ‘hint halus’ berhubung hubungan rapat Fattah dengan penyanyi Amira Othman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.