Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Fauziah Sarman, atau lebih mesra disapa Mama Zie, berkongsi kisah perkenalan dengan suami baharunya, Brigedier Jeneral Tuan Zainal Abidin Muhammad Saleh, yang disifatkannya sebagai aturan takdir yang cukup manis.
Menurut Fauziah, pertemuan pertama mereka berlangsung pada awal Jun, hasil perancangan Serina Redzuan. Tidak lama selepas itu, Zainal terus menyatakan hasrat untuk memperisterikannya.
Pertemuan kami sebenarnya diaturkan Serina Redzuan di mana kami berjumpa dan berkenalan pada 2 Jun lalu.
Selepas sebulan berkenalan, terus Tuan Zainal ajak kahwin. Macam kita sendiri pun tak percaya. Sebab macam tiba-tiba kena ajak kahwin.
Fauziah turut menjelaskan bahawa pernikahan mereka sepatutnya berlangsung lebih awal, namun terpaksa ditunda akibat beberapa masalah teknikal sebelum akhirnya disempurnakan pada Sabtu lalu.
Beliau berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu Shila Amzah, SA25, di DPAC, Damansara.

Walaupun kelihatan seperti keputusan yang cepat, Fauziah menegaskan bahawa ia bukan tindakan terburu-buru. Baginya, tempoh panjang belum tentu menjamin kita benar-benar mengenali seseorang.
Kalau kita nak kenal orang sebenarnya, lama mana kita hidup dengan dia pun sebenarnya kita tak kenal pun dia macam mana kan.
Pada saya, biarlah kita sama-sama menerima segala kebaikan dan kekurangan. Untuk melayari rumah tangga, itulah kuncinya.
Untuk rekod, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon ND Lala pada tahun 1989 sebelum bercerai selepas 34 tahun bersama. Lafaz cerai dibuat ND Lala pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid, seperti dimaklumkan Fauziah sendiri di Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
