Ibu Seret Anak Perempuan Berumur 4 Tahun Dengan Motosikal

Trending

Ibu Seret Anak Perempuan Berumur 4 Tahun Dengan Motosikal

Di Klaten, Indonesia seorang kanak-kanak perempuan diseret ibu kandungnya di atas jalan raya dengan motosikal hingga mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan tapak kakinya.

Advertisement

Setelah menyeret anaknya, si ibu dikatakan melanggar beberapa orang awam yang sedang berkumpul bermain karom di lokasi kejadian. Kejadian itu berlaku di Dusun Balong, Desa Paseban, Kecamatan Bayat, Klaten pada Khamis lalu.

Mangsa dilaporkan sudah menerima rawatan di pusat kesihatan berdekatan manakala ibunya kini ditahan.

Rakaman CCTV penderaan terhadap kanak-kanak berusia 4 tahun itu kini tular di media sosial Indonesia dan mengundang kemarahan para netizen.

Dalam satu laporan melalui portal Solopos menyebut bahawa selain mangsa, anak sulung wanita tersebut juga mengalami kemurungan kerana didera oleh ibunya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...