“Ibu Sempat Campak Adik Ke Tempat Duduk Belakang”, Sekelip Mata Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu

Trending

“Ibu Sempat Campak Adik Ke Tempat Duduk Belakang”, Sekelip Mata Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu

Bagaikan sudah tahu ajal yang akan menjemputnya, ibu ini sempat menyelamatkan anak bongsunya sebelum kemalangan berlaku. Kemalangan ngeri ini juga turut meragut nyawa suami isteri ini dan meninggalkan tiga anaknya yang berada di tempat duduk belakang.

Kemalangan maut yang berlaku pada jam 5 pagi itu meragut nyawa Surawati dan suaminya, Muhammad Noor Idham Ramli selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah lori.

Advertisement

“Menurut anak sulungnya, ibu sempat mencampakkan adik bongsunya ke tempat duduk belakang semasa kereta hilang kawalan.”

kemalangan kereta
Semasa kejadian, anak sulung mangsa dalam keadaan sedar dan tahu apa yang berlaku. Ketika kereta sedang hilang kawalan, dia sempat menyambut adik bongsunya itu sebelum pelanggaran berlaku.

Mereka dari perjalanan pulang ke rumah ibu bapa suaminya di Negeri Sembilan. Menurut adik Surawati, perjalanan pulang lima beranak ini tidak diketahui oleh keluarga kerana bertolak lebih awal dari sepatutnya.

“Kakak memaklumkan dia sekeluarga akan bertolak ke rumah mentuanya keesokannya sebab anaknya cuti sekolah pada hari berkenaan.”

perempuan dan kanak-kanak kecil
Sebaik tiba di hospital, ketiga-tiga anak mangsa menangis sebelum ditenangkan oleh ahli keluarga. Ketiga-tiga mereka turut mendapat kecederaan ringan daripada kemalangan itu.

Buat masa ini ketiga-tiga anak mangsa dibawa pulang dan dijaga oleh keluarganya kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini. Tetapi mereka akan berbincang dengan keluarga abang ipar tentang hal penjagaan anak-anak itu.

kemalangan

Sumber: Facebook

Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa. Harapnya soal kebajikan dan penjagaan anak-anak mangsa dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...