Bagaikan sudah tahu ajal yang akan menjemputnya, ibu ini sempat menyelamatkan anak bongsunya sebelum kemalangan berlaku. Kemalangan ngeri ini juga turut meragut nyawa suami isteri ini dan meninggalkan tiga anaknya yang berada di tempat duduk belakang.
Kemalangan maut yang berlaku pada jam 5 pagi itu meragut nyawa Surawati dan suaminya, Muhammad Noor Idham Ramli selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah lori.
“Menurut anak sulungnya, ibu sempat mencampakkan adik bongsunya ke tempat duduk belakang semasa kereta hilang kawalan.”

Mereka dari perjalanan pulang ke rumah ibu bapa suaminya di Negeri Sembilan. Menurut adik Surawati, perjalanan pulang lima beranak ini tidak diketahui oleh keluarga kerana bertolak lebih awal dari sepatutnya.
“Kakak memaklumkan dia sekeluarga akan bertolak ke rumah mentuanya keesokannya sebab anaknya cuti sekolah pada hari berkenaan.”

Buat masa ini ketiga-tiga anak mangsa dibawa pulang dan dijaga oleh keluarganya kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini. Tetapi mereka akan berbincang dengan keluarga abang ipar tentang hal penjagaan anak-anak itu.

Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro