Sedih, hiba dan pilu. Itulah perasaan yang terpaksa dilalui oleh seorang guru mendengarkan panggilan terakhir meminta tolong dari ibunya sendiri sebelum semuanya berakhir.
Lebih menyayat hati, warga emas, Fatima Mohd yang berusia 79 tahun itu ditemui rentung di dalam rumah yang musnah terbakar di Kampung Losong Haji Su di sini semalam.
Zailah Jusoh berkata, dia mendengar jeritan ibunya, meminta pertolongan dengan menyebut ‘tolong’ sebanyak enam kali sebelum talian panggilan telefon pada pukul 10.37 pagi itu terputus.
“Sebaik saya jawab panggilan itu, ibu menjerit tolong sebelum talian terputus tanpa sempat saya mengetahui apa yang terjadi. Mulanya ingatkan ayah (Jusoh Muda, 82) sakit atau pengsan”
Risau dengan keadaan ibu dan ayah yang tinggal berdua, Zailah dan suami kemudiannya bergegas ke rumah keluarga dari kediaman kami di Kampung Kubang Tangga.
Zailah yang merupakan anak kelapan daripada 11 beradik berkata, hatinya sangat luluh sebaik tiba dan mendapati rumah keluarganya sedang marak terbakar, manakala bapanya pula melecur teruk akibat kebakaran itu.
Menurut laporan Kosmo, kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus rumah diperbuat daripada kayu itu, manakala suami mangsa, Jusoh melecur kira-kira 30 peratus pada bahagian kaki dan badan.
Fikirannya lebih berkecamuk apabila dimaklumkan ibunya yang mengalami kepayahan berjalan akibat uzur terperangkap di dalam rumah tersebut.
“Saya dimaklumkan ayah cuba memapah ibu keluar rumah untuk menyelamatkan diri tetapi tidak berdaya akibat faktor usia”
“Badan ayah turut melecur disambar api sebelum diselamatkan penduduk kampung di bahagian tangga dan dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk menerima rawatan”
Menurut laporan, mayat Fatimah ditemui rentung dalam keadaan meniarap di rumah mereka yang telah hangus terbakar pada pukul 12.22 tengah hari.
Kebakaran itu turut memusnahkan kira-kira lima peratus dua buah rumah lain yang terletak bersebelahan.
Pada waktu ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. Setakat ini, berdasarkan pemerhatian awal, saya menolak unsur khianat.
Salam takziah. Moga syurga tempatnya. Aamiin.