Pelakon Fattah Amin meminta ibunya, Azizah Abdul Ghani, untuk tidak membaca komen negatif di media sosial susulan dakwaan menggelar cucunya, Fatima Aisya, tidak comel.
Fattah, 35, mengakui ibunya berasa sedih apabila menjadi mangsa kecaman netizen, namun menasihatkan agar tidak mengambil hati terhadap perkara yang tidak benar.
Pastilah dia rasa sedih, tapi saya cakap tak perlu baca dan dengar perkara begini. Sebab benda-benda ini orang luar tak tahu apa yang berlaku.Orang luar boleh buat andaian, cakap macam-macam benda dan fitnah yang mereka mahu.
Tapi kesimpulannya, kalau benda-benda itu tak betul, kita jangan rasa bersalah dan usah terkesan sebab benda itu tidak betul.
Sebagai bapa, Fattah turut berasa kesal apabila isu melibatkan anaknya yang berusia lima tahun menjadi perhatian. Dia berharap peminat berhenti meninggalkan komen yang mengundang fitnah serta mengingatkan supaya hanya berkata perkara baik.
Sebagai ayah dan anak, saya rasa kesal bila benda-benda begini berlaku kepada ahli keluarga saya.
Saya juga selalu nasihatkan peminat agar hati-hati dalam mengeluarkan sebarang komen. Kalau nak komen sekali pun, cakaplah benda yang baik-baik.
Mengulas hubungan Fatima dengan neneknya, Fattah menegaskan semuanya dalam keadaan baik dan tiada masalah. Hari ini, beliau turut memuat naik video Fatima berbual mesra dengan neneknya bagi menjernihkan keadaan.
Terdahulu, tular rakaman siaran langsung memaparkan Fatima mendakwa neneknya berkata dia tidak comel dan tidak pandai, namun Nur Fazura menafikan dakwaan itu, manakala adik Fattah, Raihan Amin, turut menolak tuduhan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.