Semalam tular satu video di mana Fatima meluahkan pada Fazura bahawa ‘Nenda’ (gelaran buat ibu Fattah Amin) mengatakan dia tidak pandai dan comel. Hal itu lantas menjadi bualan hangat di Threads sehingga ke hari ini.
Terbaru, seorang pengguna berkongsi di Threads mengenai hal berkenaan yang turut diulas oleh adik Fattah Amin sendiri yang membalas pada komen di Instagram.
Soal pengguna di Instagram, adakah benar ibunya mengatakan hal sedemikian kepada Fatima. Balas Raihan yang menidakkan hal itu dan mengatakan ibunya menyayangi cucu sama rata semuanya,
Tak pernah ajar cakap tak baik dan menipu. Selalu puji Fatima pandai cakap English.
Dalam video yang sama sebelum ini, Fazura juga dilihat menidakkan perkara tersebut dan berkata tak mungkin Nenda akan berkata sedemikian kepada Fatima.