Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads yang dimuat naik oleh seorang individu, di mana ia memaparkan kenyataan yang dipercayai dikeluarkan oleh anak perempuan Mulan Jameela iaitu Safea Ahmad.
Safea ‘back-up’ Mulan Jameela?
Dalam kenyataan tersebut, Safea mendakwa ibunya bukanlah perampas suami orang dan Mulan merupakan ibu yang penuh dengan kasih sayang.
Saat abang pertama bernikah, papa ingin ibu duduk di sampingannya tetapi ibu menolaknya. Ibu meminta ibu kandung abang yang mendampingi abang, sementara ibu duduk dibelakang papa.
Tambahannya lagi, Mulan berbuat sedemikian kerana tahu pernikahan hanya berlaku seumur hidup dan dia tidak mahu menjadi punca mereka berasa sedih disebabkan egonya.
Netizen minta Safea jangan masuk campur
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Safea untuk tidak menyebelahi ibunya kerana perbuatan menganggu rumah tangga Ahmad Dhani sebelum ini sememangnya tidak dapat dilupakan.
Bagaimanapun, ada juga yang memberitahu kenyataan tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Safea dan ia hanyalah rekaan semata-mata.