Ibu Saudara Mangsa Bunuh Pegawai Kadet UPNM Dedah Wajah Tertuduh

Trending

Ibu Saudara Mangsa Bunuh Pegawai Kadet UPNM Dedah Wajah Tertuduh

Lima orang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain yang berusia 21 tahun.
PaanAN
Tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, kesemuanya 21 tahun, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Seorang lagi mahasiswa, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, didakwa bersubahat dengan yang lima lagi atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman yang merupakan  pelajar tahun akhir pegawai kadet UPNM.

Advertisement

Abdoul Hakeem didakwa di bawah Seksyen 109 yang dibacakan bersekali dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sama.

Jenayah itu didakwa dilakukan di Asrama Jebat universiti tersebut, antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi 22 Mei.

Tiada jaminan ditawarkan dan tiada rayuan direkodkan untuk enam tertuduh di hadapan majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos sebagai tarikh sebutan. Keenam-enam mereka turut didakwa menyebabkan kecederaan dengan sengaja untuk memaksa pengakuan Zulfarhan Osman megenai pencurian sebuah laptop.

13 yang lain didakwa melakukan pemerasan secara sukarela.

Lebih 30 orang mahasiswa ditahan berhubung kematian Zulfarhan Osman.

Pegawai kadet itu ditemui dengan kesan melecur dan lebam di tingkat 25 sebuah apartmen pada 1 Jun. Dia dipercayai masih hidup semasa rakan-rakannya memasukkannya ke dalam ambulans.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Kanan Fadzil Ahmat berkata, mangsa diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 10.00 pagi, 1 Jun lepas di Hospital Serdang.

Zulfarhan Osman mungkin ialah seorang mangsa buli telah diikat, dipukul dan kulitnya dibakar menggunakan seterika wap.

Ketika dibawa ke mahkamah, kelima-lima tertuduh dilihat berusaha menutup wajah mereka dari dilihat orang ramai dan jurugambar.

Bagaimanapun, ibu saudara Zulfarhan Osman telah mendedahkan wajah mereka melaui satu status dalam akaun Facebooknya. Marah dengan mereka berlima, Masih Ada Chinta meluahkan kekecewaanya:

Tak payah nak tutup sangat muka korang. Bila naik mahkamah, tahu pula korang nak tutup muka bagai. Sebab apa? Baru nak fikir hati dan perasaan keluarga ke atas perbuatan korang?

Masa korang buat anak saudara aku tu, korang tak fikir pula perasaan keluarga kami semua, kan? Terutamanya mak dan ayah arwah Zulfarhan. BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. Korang rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa. 

Kami doakan korang dapat balasan setimpal. Kalau ikut hati kami sekeluarga akan buat macam mana korang buat pada arwah tapi kami masih ada iman walau sebesar zarah.

Jadi hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati!

19105597_10209360192589530_7258660643589713057_n

19149419_10209360192269522_8571978351570172038_n

19095527_10209360491877012_4633834816299972036_o

19225412_10209360564758834_6484120018562239246_n

19225551_10209360191669507_2922098224149574008_n

19224983_10209360191349499_8388556474930578070_n

19105539_10209360194389575_7754793124772485303_n

 

19105685_10209360193309548_4381193512281797569_n

19113889_10209360195149594_1710346916270814866_n

19113898_10209360195389600_8261803874051845287_n

19113980_10209360195749609_8426454831044252908_n

19145810_10209360194789585_8716036937484548270_n

 

 

 

 

19225955_10209360193789560_4552462342713015718_n

19242997_10209360541278247_2742591994567996481_o

Sebenarnya, rakyat seluruh negara berkongsi kekecewaan ibu saudara Zulfarhan Osman. Apa yang boleh dikatakan, jika tidak melakukan kesalahan, tiada apa yang perlu ditakutkan. Berapa besar pun sesalan yang dirasakan takkan membawa Zulfarhan Osman kembali.

Oleh itu kita semua perlu mengambil iktibar agar tidak mengikut perasaan kerana terlajak perbuatan, buruk padahnya. – amazingnara.com

Sumber: The Star, Masih Ada Chinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...