Lima orang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain yang berusia 21 tahun.
Tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, kesemuanya 21 tahun, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Seorang lagi mahasiswa, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, didakwa bersubahat dengan yang lima lagi atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman yang merupakan pelajar tahun akhir pegawai kadet UPNM.
Abdoul Hakeem didakwa di bawah Seksyen 109 yang dibacakan bersekali dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sama.
Jenayah itu didakwa dilakukan di Asrama Jebat universiti tersebut, antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi 22 Mei.
Tiada jaminan ditawarkan dan tiada rayuan direkodkan untuk enam tertuduh di hadapan majistret Siti Radziah Kamaruddin.
Mahkamah menetapkan 14 Ogos sebagai tarikh sebutan. Keenam-enam mereka turut didakwa menyebabkan kecederaan dengan sengaja untuk memaksa pengakuan Zulfarhan Osman megenai pencurian sebuah laptop.
13 yang lain didakwa melakukan pemerasan secara sukarela.
Lebih 30 orang mahasiswa ditahan berhubung kematian Zulfarhan Osman.
Pegawai kadet itu ditemui dengan kesan melecur dan lebam di tingkat 25 sebuah apartmen pada 1 Jun. Dia dipercayai masih hidup semasa rakan-rakannya memasukkannya ke dalam ambulans.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Kanan Fadzil Ahmat berkata, mangsa diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 10.00 pagi, 1 Jun lepas di Hospital Serdang.
Zulfarhan Osman mungkin ialah seorang mangsa buli telah diikat, dipukul dan kulitnya dibakar menggunakan seterika wap.
Ketika dibawa ke mahkamah, kelima-lima tertuduh dilihat berusaha menutup wajah mereka dari dilihat orang ramai dan jurugambar.
Bagaimanapun, ibu saudara Zulfarhan Osman telah mendedahkan wajah mereka melaui satu status dalam akaun Facebooknya. Marah dengan mereka berlima, Masih Ada Chinta meluahkan kekecewaanya:
Tak payah nak tutup sangat muka korang. Bila naik mahkamah, tahu pula korang nak tutup muka bagai. Sebab apa? Baru nak fikir hati dan perasaan keluarga ke atas perbuatan korang?
Masa korang buat anak saudara aku tu, korang tak fikir pula perasaan keluarga kami semua, kan? Terutamanya mak dan ayah arwah Zulfarhan. BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. Korang rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa.
Kami doakan korang dapat balasan setimpal. Kalau ikut hati kami sekeluarga akan buat macam mana korang buat pada arwah tapi kami masih ada iman walau sebesar zarah.
Jadi hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati!
Sebenarnya, rakyat seluruh negara berkongsi kekecewaan ibu saudara Zulfarhan Osman. Apa yang boleh dikatakan, jika tidak melakukan kesalahan, tiada apa yang perlu ditakutkan. Berapa besar pun sesalan yang dirasakan takkan membawa Zulfarhan Osman kembali.
Oleh itu kita semua perlu mengambil iktibar agar tidak mengikut perasaan kerana terlajak perbuatan, buruk padahnya. – amazingnara.com
Sumber: The Star, Masih Ada Chinta