Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ibu Sahkan Neelofa Dirisik PU Riz

Segala desas desus mengenai status hubungannya kini terjawab selepas ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini kini tampil mengesahkan bahawa anak perempuannya itu telah sah dirisik pendakwah bebas PU Riz.

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam entri tersebut, Kartini dilihat menzahirkan rasa syukur dengan perkhabaran itu dan tidak terlepas mendoakan kesejahteraan anaknya agar hubungan yang terbina itu sentiasa dirahmati oleh Illahi.

Malah, beliau juga tidak ketinggalan berkongsi gambar bersama anak dan bakal menantunya itu di laman berkenaan.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pengacara popular itu dilihat tampil menzahirkan rasa teruja dengan perkhabaran itu dan dilihat tidak berkira menitip kata-kata positif buat mereka agar segala urusan bakal pengantin itu sentiasa dipermudahkan.

Beberapa ketika dahulu, kecoh di laman sosial berkenaan status hubungan Neelofa dengan pendakwah tersebut selepas adik beradiknya tidak putus-putus berkongsi momen di Insta Story yang menyaksikan PU Riz dan Neelofa berpakaian sedondon di sebuah majlis tertutup yang turut dihadiri saudara mara terdekat di kediaman milik Kartini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. hajjah lop

    November 2, 2020 at 12:01 pm

    Pu Riz anak Dato sri Ismail Norbat Khan, kena la dgn hajah lofa keturunan khan2, tp yg kaya bapak nya, mcm sharnaaz pun anak dato basir ahmad org kaya penang tp yg kaya bapaknya, last2 bg kak nab nafkah 500 je sebulan bercerai, sdgn kak nab baru je beli rumah Rega juta, bday jebat Jayden baru ni kak nab beli kan hadiah bday jebat jam Rolex 30k, jd takut pu riz ni mmg anak org kaya, pu ni sklh pun kat Sayfol international scholl bangsar sama sklh dgn Laki vivy yusof so Fadza tu, isu nya bapak pu kaya, kang esk2 pu bg nafkah rm200 sebulan bercerai pulak

  2. Anonymousjugak

    November 2, 2020 at 11:01 am

    Neelofa dulu suka, tapi ni nampak cam desperado je sis…tak sesuai

  3. twitderrrr

    November 2, 2020 at 9:54 am

    aritu beria nafi die caras tunang orang tu..last2..emmm…

  4. Anonymous

    November 2, 2020 at 9:09 am

    Patut la tetiba nak berpurdah. Rupanya sebab nak berlaki.

    • diyana

      November 2, 2020 at 9:54 am

      macam jeles je

  5. HHI

    November 2, 2020 at 12:10 am

    PU Riz ni anak tan sri ismail kan yang dulu study mesir tapi kena balik sebab perang kat sana

    • Anonymous

      November 2, 2020 at 3:10 pm

      Bapak dia aje yg Tan Sri…pu rizz is nobody ?.

Loading...
To Top