Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ibu Sahkan Neelofa Dirisik PU Riz

Segala desas desus mengenai status hubungannya kini terjawab selepas ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini kini tampil mengesahkan bahawa anak perempuannya itu telah sah dirisik pendakwah bebas PU Riz.

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam entri tersebut, Kartini dilihat menzahirkan rasa syukur dengan perkhabaran itu dan tidak terlepas mendoakan kesejahteraan anaknya agar hubungan yang terbina itu sentiasa dirahmati oleh Illahi.

Malah, beliau juga tidak ketinggalan berkongsi gambar bersama anak dan bakal menantunya itu di laman berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pengacara popular itu dilihat tampil menzahirkan rasa teruja dengan perkhabaran itu dan dilihat tidak berkira menitip kata-kata positif buat mereka agar segala urusan bakal pengantin itu sentiasa dipermudahkan.

Beberapa ketika dahulu, kecoh di laman sosial berkenaan status hubungan Neelofa dengan pendakwah tersebut selepas adik beradiknya tidak putus-putus berkongsi momen di Insta Story yang menyaksikan PU Riz dan Neelofa berpakaian sedondon di sebuah majlis tertutup yang turut dihadiri saudara mara terdekat di kediaman milik Kartini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. tecit

    November 3, 2020 at 11:07 am

    gelimat weh tgk pu riz ni. lelaki mmg pantang kan nampak org pompuan lagi cantik nak ke dia. pastu senang lenang sewenang2nye tinggai je tunang die. semoga bahagia la mendirikan rumah tangga atas kesedihan org lain.

    buat ex tunang PU riz, jangan bersedih. sesungguhnya Allah bersama org2 yg teraniaya. jangan bersedih, mungkin Allah nk bg signal that he is not the RIGHT one for you. he might abaikan u once u ol dah kawen. so better this way. xsempat ape2. didoakan semoga awak ketemu jodoh yang betol utk awak.

    i hate pu rizz. ko tu serupa je dgn mane2 laki pon, nampak lagi cantik lepas yg dah ade kt tangan. anatttt.

  2. Anonymous

    November 2, 2020 at 2:22 pm

    good luck neelofa jgn salah pilih sudah

  3. Anonymous

    November 2, 2020 at 2:05 pm

    untung la PU dapat petik bunga di taman

  4. anonymous

    November 2, 2020 at 12:34 pm

    tapi kes ‘flash’ anu tu camana ye…spoil laa,ni la sebab kalau rapat dgn geng2 lemah longlai ittewww

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama