Ibu Sahkan Neelofa Dirisik PU Riz

Hiburan

Ibu Sahkan Neelofa Dirisik PU Riz

Segala desas desus mengenai status hubungannya kini terjawab selepas ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini kini tampil mengesahkan bahawa anak perempuannya itu telah sah dirisik pendakwah bebas PU Riz.

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam entri tersebut, Kartini dilihat menzahirkan rasa syukur dengan perkhabaran itu dan tidak terlepas mendoakan kesejahteraan anaknya agar hubungan yang terbina itu sentiasa dirahmati oleh Illahi.

Malah, beliau juga tidak ketinggalan berkongsi gambar bersama anak dan bakal menantunya itu di laman berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pengacara popular itu dilihat tampil menzahirkan rasa teruja dengan perkhabaran itu dan dilihat tidak berkira menitip kata-kata positif buat mereka agar segala urusan bakal pengantin itu sentiasa dipermudahkan.

Beberapa ketika dahulu, kecoh di laman sosial berkenaan status hubungan Neelofa dengan pendakwah tersebut selepas adik beradiknya tidak putus-putus berkongsi momen di Insta Story yang menyaksikan PU Riz dan Neelofa berpakaian sedondon di sebuah majlis tertutup yang turut dihadiri saudara mara terdekat di kediaman milik Kartini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...