Sebelum ini pelakon Fasha Sandha pernah mengumumkan dirinya hamil selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga bersama Aidil Aziz. Namun, dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya hampir enam mingggu.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ramai yang mengatakan Fasha hamil lagi selepas salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagram menampakkan bahagian perutnya seolah-olah sedang berbadan dua, kelihatan seperti ada ‘baby bump’.
Meskipun Fasha tidak memberikan sebarang kenyataan berhubungan perkara itu, segala teka-teki akhirnya terjawab apabila ibunya, Hatijah Teh Man menerusi akaun Instagram mengesahkan berita tersebut ketika menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen.
Apa-apa pun kita tunggu sahaja sehingga tuan empunya badan bersedia untuk mengumumkan berita gembira tersebut. Doakan yang baik-baik buat Fasha dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Anonymous
September 10, 2019 at 9:09 am
Murah rezeki FS. Senang benar lekatnya. Subur. Allah beri rezeki zuriat.
umairah
September 8, 2019 at 9:50 am
mcm2lah fasha ni, tak nampak ikhlas pun. apapun semoga selamat baik2 semuanya yer
Anonymous
September 7, 2019 at 8:26 am
Srabut betol aku ngan mamasandha ni. Attention seeker btol. Fasha helok je diam, die plak terhegeh2 nak main ig nk komen2, pastu nk salahkn org lain. Mmg x de kerje btol, g la bace quran, ikut ceramah2 & class pngajian d mesjid, ko tu dah tue dan ko bukan siape2. Bawa2 la insaf sikit.
Lgpon kalau x cakap pon mmg nitizen dah tahu. Dgn semue gambar yg fasha post tu nitizen mmg boleh tahu. Nitizen bukan bodoh makcik ooiii. Nitizen ni dr klgn lawyer, dr, guru fizik, kimia, bio, dll so mereke bukan bodoh. Gambar berbicara. Kalau x nk org tahu x yh pos gambar n makcik sndiri x yah bising2. Kalau makcik x komen ok je kan bukannye org mngate ank makcik pon. Mulut makcik mlambangkan iq dan hati budi makcik….