January 22nd, 2020

Kisah keperitan hidup Puteri Balqis sejak minggu lalu mendapat perhatian ramai dan disebalik itu timbul pula pelbagai kontroversi sehingga dia kini menyahaktif akaun Instagramnya.

ibu puteri balqis nafi terima rm100,00

Sebelum ini, hangat diperkatakan dakwaan dimana Balqis mendapat sumbangan sebanyak RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh ibunya Norashikin Mohd Aziz.

Norashikin berkata ia hanyalah satu fitnah semata-mata dan mengakui terkilan dengan segala kecaman yang dilemparkan kepadanya dan Balqis serta cerita tidak benar yang terus disebarkan mengenai mereka. Sehingga hari ini, dia dan anaknya masih sibuk menjual buku puisi.

puteri balqis

Terlalu banyak fitnah saya dapat sampai kata Seniman dan Finas bagi RM100,000. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Belum habis satu, timbul pula cerita lain. Nasib baik saya menjual buku, kalau memang kerja saya minta tolong saja, inilah jadinya. Orang pasti akan mengungkit balik.

Pihak yang keluarkan cerita itu bermotifkan sengaja dan memandai-mandai. Setiap hari saya sibuk menjual dan menguruskan penghantaran buku. Berhentilah fitnah kami.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri berkata, pihaknya tidak pernah memberi sumbangan dengan jumlah yang didakwa itu.

puteri balqis didera

Finas memang ada beri sumbangan kepada Pueri Balqis, tapi tidak dengan jumlah itu. Cuma, saya tak boleh dedahkan berapa. Saya tak tahu pula kalau ada sumber lain. Itu saya tidak tahu.

Terdahulu, gara-gara menyuarakan perancangannya untuk melaburkan sebahagian wang RM100,000 dalam Forex , pelakon Puteri Balqis dikecam teruk netizen. Ramai yang tidak setuju dan berpendapat dia sepatutnya menggunakan wang sumbangan tersebut secara berhemah dan menumpukan kepada rawatan penyakitnya.

Sumber Berita : Harian Metro


10 responses to “Ibu Puteri Balqis Nafi Terima RM100,000, Terkilan Difitnah”

  1. Sue says:

    Mcm ni lah. We take Balqis out from this equation. My questions are for her guardians (mak pak) dia:
    1. Pendapatan Balqis sepanjang dia BERKERJA sebagai pelakon mana? TAKKAN SIKIT PUN TAK SIMPAN DALAM BANK ASB, TH? Duit bila dah disimpan dalam bank mcm ni dah tak payah buat apa sangat dah. Jangan guna langsung, biar duduk dalam tu & let the money roll jer dgn faedah tahunan bagai. Jawab, jangan tak jawab.
    2. Erma Fatima pun ada kata – dulu ada dengar this family pernah jatuh dan hilang punca. Dia terkilan kenapa benda ni berlaku sekali lagi. So again, WHAT DID YOU GUYS (aka Balqis’ parents) DO WITH THE MONEY ON THIS 2 SEPARATE INCIDENTS?Jawab, jangan tak jawab.
    3. Mak dah bercerai dengan suaminya. Fakta: Nafkah anak tetap di bawah tanggungjawab ayah. WHERE IS THE FATHER? KENAPA TAK TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB? AND THE MOTHER: KENAPA TAK TUNTUT & FIGHT FOR YOUR DAUGHTER’S RIGHT? Jawab, jangan tak jawab.
    4. Anak hangpa baru 13 tahun. Education dia pun samar2 from the time dia jadi pelakon sampai sekarang. I nak tanya korang berdua as parents: ONCE SHE IS 20 YEARS OLD WHERE DO YOU WANT TO SEE HER END UP AT? AND AS WHAT? YOU TUBER? BROKER? AGENT KOSMETIK TIMBANG KILO? KAHWINKAN SAJA? DAPAT LAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB OK LAH, TAPI KALAU TAK? SHE HAS TO BE FINANCIALLY BE INDEPENDENT FROM HER HUSBAND, TAPI KERJA SEBAGAI APA? DENGAN QUALIFICATION APA DIA NAK CARI KERJA? Jawab, jangan tak jawab.
    5. And sampai sekarang ramai tak boleh brain: KORANG BERDUA KERJA APA? TAKKAN SELAMA NI GANTUNG KAT ANAK KECIK TU BERLAAAAAAAAKON JA AND FORK IN ALL THE MONEY FROM THERE? KERJA MAIN FOREX? KERJA GOYANG KAKI? KERJA JUAI BUKU – TUMPANG NAMA ANAK LAGI? TAKE BALQIS OUT OF THE PICTURE, TOLONG JAWAB SOALAN INI: KORANG KERJA APA?!!!!
    6. You, parents of Balqis, seharusnya lebih bijak protect your daughter from the uncertainties of life. Build a safety net for her in terms of savings, education, health insurance, property even (a woman with a roof over her head is a must these days, tau ler laki sekarang betapa tak bertanggungjawab – although tak semua camtu). SO AGAIN, WHAT THE HECK DID YOU GUYS DO WITH HER MONEY? AND WHAT DID YOU GUYS DO WITH YOUR OWN MONEY? DUIT ANAK, DUIT ANAKLAH, TU LAIN KIRA. Jawab, jangan tak jawab.

    MEMANG PATUT PUN FINAS CHANNEL THE FUNDS DIRECTLY TO SCHOOL FOR HER EDUCATION AND TO HOSPITAL FOR HER TREATMENT. CHANNEL TERUS KE INSTITUSI YANG BALQIS BOLEH DAPAT KEBAIKAN SECARA TERUS / LANGSUNG KAT DIA.

  2. huhu says:

    kesian balkis jadi mangsa sakit..sakit orang dewasa..samada balkis @ mak dia yang sakit ..kita doakan dua2 cepat sedar untuk berpijak dibumi yang nyata..dan cepat sehat terutama mak dia..sy rasa mak dia yg sakit..so perlu counseling.
    sb statement yang dikeluarkan oleh mak puteri mcm berlain2…#jgnmaraholss#sekadarpandangan# hanya putri balkis dan allah swt shj yang tau hal sebenar..

  3. fattah amin tak laku says:

    satu je nk ckap, lps ni apa2 jd org susah nk caye mak dia ni, yg jd mangsa anaknya kesian puteri balqish

  4. Anonymous says:

    emak balqis tu gunakan anak dia utk duit.

  5. Ksian la weh says:

    Dah mcm2 plk crite nye. Ritu zed zaidi sndri yg ckp nk.bg sumbangan 100k. N sebelum tu mmg ade sikit2 da bg cume mak puteri mintak diam je. Hmm xphm tol

Loading...