Seorang ibu New York berdepan dengan tuduhan membunuh tanpa niat setelah memukul anak perempuannya yang berusia empat tahun di sebuah rumah perlindungan gelandangan kerana menumpahkan losyen, menurut polis.
Linayjah Meraldo, 4, disahkan meninggal dunia di Briarwood Family Residence pada Khamis. Ibunya, Latoya Curry, 35, didakwa membunuh tanpa niat setelah pejabat pemeriksa perubatan mengkelaskan kematian kanak-kanak itu sebegai kes homisid.
Menurut polis juga, dalam kejadian hari Rabu, Curry berang apabila mendapati anaknya memicit keluar losyen di lantai dapur rumah gelandangan tersebut.
Curry memukul perut dan wajah kanak-kanak itu dengan begitu kuat sehingga satu giginya tercabut.
Kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di bahagian perut, namun akhirnya tertidur.
Anak itu bangun keesokan paginya dalam keadaan demam dan sakit perut. Sewaktu tidur di antara 10.00 pagi dan 11.45 pagi, Curry mendapati anak itu tidak sedarkan diri. Pendakwaraya Daerah Richard A. Brown berkata dalam satu kenyataan media:-
Ini ialah satu kes yang mengejutkan. Defendan dikatakan marah apabila anak itu menumpahkan losyen dan memukul wajah dan perutnya. Wanita itu kemudiannya dikatakan menghumban anaknya ke arah dinding dan memukulnya sekali lagi. Defendan kini berdepan dengan pertuduhan yang boleh menyebabkannya merengkok dalam penjara seumur hidup.
Curry tinggal di pusat perlindungan gelandangan itu bersama lima anaknya.
Pejabat pemeriksa perubatan memutuskan anak itu mati kerana trauma pukulan keras ke perut.
Curry sedang menunggu tarikh untuk pembacaan pertuduhan.
Laporan asal: FOX