Ibu Pinjam ‘Ah Long’ Untuk Bantu Anak Selesaikan ‘Loan’, Kini Tanggung Hutang RM100,000 Seorang Diri – “Anak Dah Pindah US…”

Kehidupan

Ibu Pinjam ‘Ah Long’ Untuk Bantu Anak Selesaikan ‘Loan’, Kini Tanggung Hutang RM100,000 Seorang Diri – “Anak Dah Pindah US…”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok tentang seorang ibu yang meluahkan tentang keperitan yang terpaksa dilaluinya apabila dia terpaksa menanggung beban RM100,000 pinjaman dari ah long yang dibuat kerana mahu membantu anak perempuannya.

Wanita itu yang tidak didedahkan identitinya menceritakan bagaimana kisah pahit tersebut bermula iaitu pada dua tahun lepas di mana dia meminjam untuk membantu menyelesaikan hutang anak perempuannya.

Advertisement

Lebih menyentuh hati, ketika ditanya mengapa di sanggup mengambil pinjaman yang akhirnya memakan diri, wanita tersebut berkata,

Kerana dia (anak) tiada duit dan saya adalah ibunya. Jadi saya harus membantu.

pinjam ahlong

Kongsinya lagi, kini anak prempuannya sudah berpindah ke Amerika Syarikat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, meninggalkan ibu sendiri tersepit dalam masalah kewangan ini.

Tambahnya, dia tidak dapat membuat pinjaman secara rasmi di mana-mana bank kerana dia sendiri bergelut dengan masalah perniagaan sambilannya dan cash flow yang semakin kurang.

Disebabkan itu, dia terpaksa meminjam dia peminjam wang tanpa lesen yang terkenal dengan jumlah faedah yang tinggi dan semakin meningkat.

Hutangnya naik melambung dengan begitu cepat sehingga mencapai enam angka dan laporan polis dibuat olehnya sebelum ini dapat membebaskannya daripada hutang lama.

Namun, wanita berkenaan berkata dia masih tetap mempunyai hutang bernilai kira-kira Rm100,000 dengan dua peminjam yang berbeza.

@mhomalaysia Anak berhutang, ibu yang terpaksa tanggung. #along #ahlong ♬ original sound – MHO Malaysia

Pekerja dari The Malaysian International Humanitarian Organization (MHO) yang mendengar keluhan itu kemudian menasihatinya untuk tidak membuat apa-apa bayaran di masa akan datang kepada ‘ah long’ yang meminjamkannya wang kerana mereka menjalankan bisnes tanpa lesen dan tidak mengikut undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

buat loan bank tolong kawan bayar hutang ah long
3 months ago

Bantu Sahabat Langsai Hutang Ah Long, Lelaki Buat ‘Personal Loan’ RM60,000 Tapi Kawan Buat ‘Dek’ Tak Bayar Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...