Ibu Pergi Bercuti Dengan ‘BF’, Tinggal Bayi Usia Setahun Keseorangan Selama 10 Hari Terima Hukuman Berat – “Anak Hidrasi Dan Makan Najis Sendiri”

Dunia

Ibu Pergi Bercuti Dengan ‘BF’, Tinggal Bayi Usia Setahun Keseorangan Selama 10 Hari Terima Hukuman Berat – “Anak Hidrasi Dan Makan Najis Sendiri”

Seorang ibu yang berasal dari Cleveland, Ohio dilaporkan bakal dipenjara seumur hidup gara-gara tindakannya meninggalkan anak, Jailyn yang baru berusia 16 bulan selama 10 hari keseorangan hanya kerana ingin pergi berhibur dengan teman lelaki.

Si ibu, Kristel Candelario, 32 , berdepan hukuman tersebut setelah anaknya ditemui pasukan kecemasan dalam keadaan menyayat hati sebelum disahkan meninggal dunia ketika mereka tiba di tempat kejadian.

Advertisement

Hasil bedah siasat juga mendapati Jailyn mengalami kebuluran dan dehidrasi teruk sehingga menemui maut.

Pendakwa raya kes berkenaan, Michael C.O’Malley turut menyifatkan kes tersebut sebagai kejam sehingga dia juga terlihat sebak dan mengalirkan air mata ketika membacakan fakta kes.

JailynSumber : X  

Kanak-kanak berusia 16 bulan itu mengalami hidrasi teruk ketika kematian. Mangsa ditemui dalam pen Pack – N- Play pada pelapik yang dikotori dengan air kencing dan najis dengan selimut kotor.

Kristel dilaporkan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut dan kini sedang menunggu untuk dilaksanakan hukuman penjara seumur hidup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

martabak rm6
9 months ago

Peniaga Bazar Mengamuk Pelanggan Reviu Murtabak Mahal Di TikTok - "RM6 Berapa Daging Encik Perlukan?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NBC News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...