Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera Punca Kematian Anak – “Kata Sawan Tapi Badan Anak Saya Lebam Macam Dibelasah”

Berita

Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera Punca Kematian Anak – “Kata Sawan Tapi Badan Anak Saya Lebam Macam Dibelasah”

Ibu kepada seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor menuntut agar kematian anaknya ketika menjalani latihan, disiasat.

Menurut Berita Harian, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata anaknya, Syamsul Haris Shamsudin, 22, meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.

Advertisement

Tambah ibu tunggal itu, dia dimaklumkan punca anaknya meninggal dunia adalah disebabkan sawan namun bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor mendapati kecederaan teruk pada tubuh jenazah anaknya.

 

Keadaan anak menyayat hati

Kata ibu tunggal itu, anaknya mengalami pendarahan dalam kuantiti banyak terutamanya pada hidung dan mata dan dia percaya ia terjadi kerana impak hentakan kuat di kepala.

Selain itu, terdapat juga kecederaan lain seperti lebam dan luka pada badan anaknya termasuklah bahagian leher serta bahu.

Pada awalnya saya dimaklumkan pihak PALAPES bahawa sebab kematian anak saya adalah kerana kekejangan dan sawan ketika menyertai latihan itu pada hari ketiga, sedangkan ketika saya melihat jenazah anak saya, keadaannya sangat menyayat hati dengan kecederaan yang dialami pada tubuhnya.

ibu pelatih PALAPES tuntut siasatanSumber : L Manimaran/NSTP 

Darah membuak-buak mengalir dari hidung dan matanya dengan kesan lebam pada tubuh dilihat seperti dibelasah. Saya tak puas hati dengan alasan diberikan pihak PALAPES UTM bahawa keadaan anak saya itu berpunca daripada sawan.

 

Syak anak dicederakan

Ketika sidang media hari ini, Ummu Haiman Bee hadir bersama peguam yang dilantiknya iaitu Datuk Naran Singh dan mereka memaklumkan satu laporan polis telah dibuat di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam bagi menuntut siasatan segera.

Saya syak anak saya dicederakan, dipukul atau dibelasah atau dengan kata lain dibunuh oleh mereka yang turut menyertai kem PALAPES berkenaan.

ibu pelatih PALAPES tuntut siasatan kematian anakSumber : L Manimaran 

Setakat ini punca kematian diklasifikasi sebagai ‘pending labotoray investigation’ (menunggu hasil penyelidikan makmal) dan saya difahamkan laporan sampel yang dihantar ke makmal itu diperoleh dalam masa tiga bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Brazil Tuntut Keadilan, Ancam Saman Indonesia Ekoran Kematian Juliana Marins Di Gunung Rinjani
2025-07-04 10:37:16

Brazil Tuntut Keadilan, Ancam Saman Indonesia Ekoran Kematian Juliana Marins Di Gunung Rinjani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...