Hanya kerana tidak puas hati anaknya didenda, seorang ibu tergamak menyuruh ustazah yang mendenda anaknya itu turut melakukan denda yang sama. Ibu tersebut menyerang ustazah itu di sekolah dan memintanya merangkak di dalam kelas, melakukan denda yang sama disuruh ustazah itu kepada anaknya.
Lebih memburukkan, dia turut merakamkan kejadian tersebut dan video itu disebarkan di media sosial. Namun nasib tidak menyebelahinya apabila tindakannya itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh netizen di media sosial.
Pada permulaan video, dia dilihat memasuki kelas darjah di mana ustazah tersebut sedang mengajar pelajar-pelajar yang lain. Pelajar lain yang kelihatan terpinga-pinga dengan serangan itu hanya mampu melihat saja ustazah tersebut dilayan begitu.
Selepas itu, ustazah itu diminta untuk merangkak di sekeliling kelas dimana ianya adalah denda yang sama diterima anaknya. Ibu pelajar tersebut turut memberitahu anaknya mengalami kecederaan selepas didenda dan takut mahu datang ke sekolah selepas kejadian itu.
Dikecam netizen
Video yang berdurasi lebih dua minit itu kemudian menerima kecaman daripada netizen yang mengutuk tindakan ibu kepada pelajar tersebut yang dilihat agak keterlaluan itu. Malah, ada juga yang rela menawarkan khidmat guaman kepada ustazah itu sekiranya mahu mengambil tindakan undang-undang.
Ibu murid serang sekolah & arahkan ustazah buat perkara yang sama dengan apa yang telah ustazah tersebut buat (denda) pada anaknya. Apa pendapat netizen sekalian? pic.twitter.com/NACCG8AJua
— MyWatch (@My_CrimeWatch) February 25, 2020
Video asal tersebut dilaporkan telah dipadam di akaun milik ibu pelajar itu namun beberapa netizen sempat menyimpan rakaman tersebut. Yang pastinya, janganlah kita terlalu cepat menghukum mengikut emosi semata-mata.