Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita seorang remaja perempuan tertikam adik lelakinya disebabkan berlaku pergaduhan selepas pulang ke sekolah.
Menerusi temu bual bersama rancangan 999, ibu dua remaja terbabit menceritakan cerita sebenar kejadian malang yang menyebabkan dia kehilangan anak keduanya itu.
Jelasnya, sebelum kejadian dia menjemput kedua-dua mereka pulang dari sekolah dan ketika itu, mangsa yang berusia 16 tahun bertanya mengapa dia lambat tiba di sekolah.
Malah, menurut wanita berusia 43 tahun itu dua beradik tersebut bukanlah berebut kerusi seperti yang dihebahkan di berita sebaliknya si kakak mengusik dan menjatuhkan posisi kerusi mangsa.
Tambahnya lagi, ketika dalam perjalanan pulang berlaku sedikit pertengkaran mulut dan provokasi sebelum masing-masing mendiamkan diri.
Katanya, dia tidak menyaksikan kejadian itu berlaku sehinggalah anak ketiga menjerit dan memberitahu bahawa mangsa berusia 16 tahun itu sudah berlumuran darah.
Apabila melihat mangsa berlumuran darah, si kakak dikatakan panik dan selepas adiknya sudah tidak bergerak dia menjerit menangis dan berkali-kali memohon maaf.
Bukan itu saja, wanita ini yakin anak sulungnya itu tidak sengaja berbuat sedemikian dan menolak kemungkinan bahawa dia stress dengan pembelajaran.
Saya rasa dia tak sengaja, memang tak sengaja. Yang ada dekat situ, yang dia tercapai adalah pisau. Kalau dia capai buku saya rasa dia ketuk dengan buku.”
@mek_ainalieya Ibu cerita kisah yang berlaku kakak dan adik .. kakak tidak sengaja ? salam takziah #fyp? #masukberanda #alfatihah
Sementara itu, suspek harini dihadapkan ke Mahkamah majistret Kanak-Kanak atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kematian mangsa.
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.
Pelajar Tingkatan Enam itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.