December 29th, 2015

Populariti Shaheizy Sam sedang memuncak kala ini. Filem yang dibintanginya sebelum ini iaitu Polis Evo ialah filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia dan Sam juga pernah dikaitkan dengan beberapa orang wanita dalam industri.

Pada usia 33 tahun, ramai peminat Sam ingin melihat dia berkahwin. Dan terdapat satu gosip sedang tersebar bahawa pelakon itu sedang sibuk melaksanakan persiapan perkahwinan.
 photo 11373958_888674711179909_1820044235_n.jpgUtusan Online melaporkan bahawa ibu Sam, Khaty Fauziah, menafikan anak lelakinya itu sedang membuat persiapan perkahwinan. Bagaimanapun beliau tidak terkejut dengan gosip tersebut kerana ia bukan kali pertama disebarkan:

Sebab itulah saya suruh Sam kahwin cepat-cepat. Bukan sekali dua kisah ini dibangkitkan, tetapi sudah banyak kali sebenarnya.

Kisah Sam sedang buat persiapan perkahwinan juga memang tidak benar. Dia sedang sibuk dengan kerjaya kini. Bila dia ada masa buat persiapan pula? Jangan risau, jika benar ada perkara baik, saya janji tidak akan menyorokkan perkara ini dari pengetahuan sesiapa.

Pelakon yang dikatakan calon isteri Sam iaitu Syatilla Melvin pula tidak tahu apa-apa mengenai persiapan perkahwinan dan meminta pertanyaan diajukan terus kepada pelakon itu:

Saya tidak tahu dia buat persiapan kahwin. Kenalah tanya dia sendiri. Kalau tanya saya, memang tiada apa-apa yang berlaku. Malah sehingga saat ini juga saya masih sibuk dengan penggambaran drama terbaharu saya.

Dengan kenyataan-kenyataan ini, jelaslah sudah bahawa Sam tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Peminat yang ingin sangat tengok Sam berkahwin tu, doakanlah agar Sam bertemu jodoh dengan segera.


Comments are closed.

Loading...