Ibu Minta Doktor Periksa Anak Tapi Tidak Mahu Ubat, Dakwa Ia Agenda Yahudi

Trending

Ibu Minta Doktor Periksa Anak Tapi Tidak Mahu Ubat, Dakwa Ia Agenda Yahudi

Hanya berasaskan ilmu dan bacaan daripada Facebook yang sumbernya tidak begitu sahih dan tepat, ramai juga ibu bapa yang anti vaksin dan tidak percaya dengan ubat-ubatan yang digunakan di hospital. Golongan ‘terpelajar’ ini sentiasa mempersoalkan pelbagai perkara terutama sekali berkaitan status halal ubat.

Advertisement

Terbaru, seorang doktor menerusi laman Twitter berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan situasi dimana seorang ibu seakan memperlekehkan kaedah perubatan terkini.

Bayangkan, beliau datang ke jabatan kecemasan, minta doktor untuk memeriksa anaknya tetapi dengan tegas memberikan amaran untuk tidak memberikan sebarang suntikan kepada anaknya atau doktor tersebut berdepan dengan tindakan saman.

” Jarum semua tak nak, kalau tak saya saman”


Ubat agenda Yahudi

Rata-rata netizen juga agak menyampah dengan sikap paranoid ibu tersebut. Tiada gunaya bawa ke hospital jika tidak mahu mengikut arahan doktor untuk memberi rawatan kepada anaknya. Lebih baik jumpa bomoh sahaja.




Bukan mudah hendak menghadapi mereka dengan mentaliti sebegini, terlalu percaya dengan dakyah tidak tepat di Internet sehingga secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa insan tersayang. Janganlah nanti bila keadaan sudah teruk, barulah hendak meminta pertolongan pakar. Tepuk dada tanya selera.

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...