Sebelum ini, pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kecewa mengenai berita kehamilan serta keguguran cucu pertamanya, iaitu anak kepada Marissa Dania Aslam dan Aslam.
Abby dilihat memberi bayangan seperti tidak mengetahui bahawa anaknya itu hamil dan keguguran anak pertama.
“Tak terluah kata-kata..” tulis Abby ringkas dalam satu hantaran media sosial berkenaan perihal itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap Abby dan juga Marissa mengenai kehilangan anaknya.
Malah, ada yang ‘memetik’ nama suami Marissa iaitu Aslam di mana ramai menganggap lelaki itu sebagai tidak bertanggungjawab dan kurang ajar kerana seolah-olah membelakangi Abby sebagai ibu mentuanya dalam hal besar tersebut.
Ibu mana yang tak sedih atau marah. Sebagai anak tak payah la terasa sangat kalau sedar diri sendiri yang buat salah. Kalau tak reti nak ambil hati sekalipun, jaga la hati Abby tu.
Bagi aku Aslam menantu yang kurang ajar. Kalau aku sebagia ibu mentua pun pasti terasa. Dah la dia ambil anak kita cara tak elok, sepatutnya give effor untuk ambil hati Abby.
Sebelum ini, Aslam memaklumkan dia sudah memberitahu bapa mentuanya, Norman Hakim mengenai isterinya keguguran.
“Untuk makluman semua pada hari kejadian saya sudah pun maklumkan kepada bapa mentua saya atas apa yang berlaku dan kami menyelesaikan dengan sebaiknya semua urusan” ujarnya kepada media.
Dia juga meminta agar orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengeluarkan hukum sewenangnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.