Cerita mengenai kuantiti yang sedikit, dapat pula harga yang diletak mahal sering kali didengari berlaku di kantin sekolah.
Bagaimanapun, kali ini cerita yang dikongsikan oleh seorang ibu mengenai kantin sekolah anaknya lain pula, apabila pedal ayam yang dibeli masih mentah dan lebih meloyakan tekak serta membimbangkan, didapati pedal itu tidak dicuci bahagian dalamnya sebelum masak.
Difahamkan melalui penjelasan wanita itu, dia sudah pun membuat aduan pada pihak sekolah, bagaimanapun reaksi guru disana seakan endah tak endah dengan perkara yang berlaku ini kerana tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Lebih mengecewakan, tenaga pengajar sekolah itu menasihati pelajar untuk memeriksa makanan mereka sebelum dibeli pula, bukannya hendak mengambil tindakan tegas terhadap pihak kantin berkenaan.
Melihat pada ruangan komen hantaran tersebut, hampir kesemua netizen berasa bingung dengan tindakan guru sekolah itu dan ada juga yang menasihati ibu tersebut untuk membuat aduan kepada pihak atasan kerana hal ini amat merbahaya jika dibiarkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.