Ibu Menangis Terharu Terima Hadiah Telefon Harga Tak Seberapa Dari Penjual Choco Jar

Trending

Ibu Menangis Terharu Terima Hadiah Telefon Harga Tak Seberapa Dari Penjual Choco Jar

Ibu bapa merupakan insan yang teristimewa dalam hidup anak-anak. Setiap anak pastinya mempunyai keinginan untuk membahagiakan kedua ibu bapa mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang ibu menangis terharu selepas menerima kejutan telefon bimbit pemberian dari anak perempuannya. Norsyahera Zainuddin atau lebih mesra dipanggil Bibo yang berusia 28 mendedahkan dia adalah anak kepada individu dalam video berkenaan.

Advertisement

hadiah telefon

Bibo menjelaskan dia telah membuat kejutan kepada ibu tercinta, Siti Fatimah Deraman, 61, kerana telefon lama kepunyaan guru mengaji itu sudar hampir rosak.

“Mak sebenarnya ajar mengaji untuk anak-anak di sekitar rumah. Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka (anak-anak mengaji) pun tak boleh datang”.

“Pada masa yang sama, mak juga sering ikuti kelas mengaji dalam talian menerusi Facebook untuk tambah lagi ilmu dan pengetahuan”.

Jelasnya lagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata, ibunya ada mengadu telefon hampir rosak tapi tidak pernah minta ganti yang baru membuatkan Bibo terfikir untuk membuat kejutan kepada ibunya.

Walaupun harga telefon itu tidak mencecah ribuan ringgit, Bibo tetap bersyukur dapat membeli telefon baru untuk ibu tercinta hasil simpanan berniaga coklat dalam balang (choco jar) yang viral pada masa kini.

“Bila dia menangis, saya makin sebak. Walaupun dia tak tahu pun harga telefon, reaksi yang diberi tu saya tahu dia sangat menghargainya”. 

Dia yang mula menjual choco jar sejak tahun 2018 berkata dia bukan dari kalangan orang yang senang dan ayahnya sudah meninggal. Peristiwa itu tidak akan dilupai bagi anak kampung sepertinya.

Bibo

Tambahnya, dia dan ibunya sekali lagi menitiskan air mata apabila membaca segala komen positif dan memberangsangkan serta doa yang dikirim menerusi laman sosial. Dia juga turut menyatakan hasrat untuk membawa ibunya ke tanah suci Makkah jika diizinkan tuhan.

“Saya sangat terharu, saya dibesarkan dengan tangan dia. Semua yang berlaku atas doa emak saya. Saya bukanlah sesiapa, Alhamdulillah bila viral ramai yang cari. Sedikit sebanyak membantu perniagaan saya”.

Dia kini menetap bersama ibunya di Kuantan, Pahang. Sehingga kini, video yang tular itu mendapat lebih 215,000 tontonan di TikTok.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...