Ibu Mangsa Tebusan Rompakan Di Bank Kongsi Detik Cemas Semasa Anaknya Ditarik Oleh Perompak

Trending

Ibu Mangsa Tebusan Rompakan Di Bank Kongsi Detik Cemas Semasa Anaknya Ditarik Oleh Perompak

Kejadian rompakan yang berlaku di Kota Tinggi semalam menyaksikan suspek yang berusia 19 tahun maut selepas ditembak oleh pengawal keselamatan. Di dalam kejadian itu, suspek telah menarik seorang wanita yang merupakan pelanggan bank tersebut sebagai mangsa tebusan.

Ibu mangsa, Ratnah yang turut berada di tempat kejadian menceritakan detik-detik cemas yang berlaku semasa kejadian. Menurutnya, dia dan anak perempuannya itu sedang beratur untuk urusan perbankan di dalam bank setelah melepasi saringan kesihatan di bank berkenaan.

Advertisement

“Secara tiba-tiba perompak datang, tarik anaknya yang berada di barisan hadapan dengan senjata seperti sabit, dan dengar pintu bank ditutup serta dengar jeritan dari dalam yang meminta duit.”

rompakan bank

Suspek kemudian mengheret anaknya, Mardiah sambil menutup pintu bank. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera menghubungi pihak berkuasa sambil menunggu di hadapan dan belakang pintu bank untuk menahan suspek.

Lelaki bertopeng muka itu meminta wang sebanyak RM20,000 atau dia akan mencederakan wanita tersebut. Pegawai bank serta kakitangan yang berada di dalam bank itu berusaha memasukkan wang ke dalam sebuah beg galas berwarna putih sebagaimana yang diarahkan oleh perompak terbabit.

Sakit lutut menjadi penyelamat

Sebaik sahaja dia melepaskan Mardiah, suspek bergegas menerpa ke arah Ratnah sambil mengacukan sabit. Namun, wanita tersebut terjatuh dan tidak mampu untuk bangun akibat sakit lutut yang dialaminya.

Pada masa yang sama, dia terdengar bunyi letupan tembakan dari arah kaunter bank. Perompak itu kemudian rebah ke lantai dan berlumuran darah sementara seorang pelanggan lain melemparkan sabit itu jauh dari tangan perompak itu.

rompakan bank

Suspek yang berusia 19 tahun itu maut di tempat kejadian selepas ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan menggunakan “pump gun” bagi menyelamatkan mangsa tebusan. Tembakan itu mengenai rusuk suspek dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. Dalam insiden ini tiada sebarang kecederaan pada orang awam termasuk tebusan dan pekerja bank.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...