Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ibu Mangsa Rogol Penyanyi Hip Hop Minta Pengertian Masyarakat

Pertama sekali kami tidak akan memberitahu siapa suspek yang dikatakan, kerana suspek itu tidak boleh dinamakan untuk melindungi kanak-kanak mangsa rogol yang mengadu.

Bulan lepas kita mendapat berita tentang seorang anggota kumpulan Hip Hop dan R&B yang dilaporkan kepada polis oleh anak tiri beliau yang berusia 14 tahun telah merogolnya sejak berusia tujuh tahun pada pukul 11 malam, Februari 2012. Suspek yang berusia 37 tahun yang dikatakan juga pernah berlakon dalam sebuah filem, telah ditangkap di rumahnya di Gombak Jaya, Kuala Lumpur pada pukul dua pagi hari berikutnya.

Advertisement

Sekadar gambar hiasan

Sehubungan itu ramai pihak yang telah membuat spekulasi siapa suspek tersebut. Mangsa dikatakan membuat laporan kerana sudah tidak tahan dijadikan hamba seks oleh bapa tirinya, di samping bimbangkan keselamatan adik perempuannya yang lain.

Tengah hari semalam, ibu kepada mangsa rogol itu telah muncul dalam rancangan sensasi Melodi terbitan TV3, melalui segmen Panas, menerangkan keadaan bagi pihaknya.

Ibu mangsa yang tidak dapat mengawal kesedihan semasa diwawancara oleh Dalili Michelle, mendakwa dia tidak tahu yang anaknya itu dirogol walaupun dia sering bertanya kepada anaknya. Memetik kata beliau melalui rancangan Melodi, anaknya itu sebelum ini memberikan alasan disepak kawan atau terjatuh tangga apabila ditanya mengenai lebam-lebam di bahagian badannya dan anaknya itu juga sering mengenakan berlapis-lapis pakaian.

Oleh sebab itu dia amat terkejut apabila dihubungi polis, dan diberitahu yang anaknya itu telah melaporkan yang dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun, dengan kejadian terakhir berlaku pada 9 Februari.

Beliau berkata pada waktu dia dipanggil polis, dia sedang bekerja. Setelah sampai ke balai polis, dia melalui beberapa prosedur dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan rogol lama dan baru pada anaknya. Beliau bertanya kepada anaknya kenapa tidak beritahu semasa ditanya sebelum ini, anak itu menjawab yang dia tahu ibunya syak sesuatu, tetapi dia tidak memberitahu kerana tidak mahu ibunya kecewa, disebabkan suspek ialah suaminya.

Advertisement

Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata:

Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya.

Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan perlakuan tersebut—dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.

Baca keseluruhan entri dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

Turut menambah, kesan terhadap pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya, tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.

Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana.

Tidak cukup dengan itu, ketika dia pulang dari balai polis untuk membantu kes anaknya, barang-barang milik dia dan anak-anak telah dibalut dalam plastik sampah dan diletakkan dalam  beg pakaian, sebelum dicampakkan di luar rumah oleh individu-individu yang tidak dinamakan, yang tidak mempercayai anak itu dirogol.

Menurutnya, dia memohon agar masa berpusing kembali supaya apa yang telah terjadi tidak berlaku.Dia turut berkata dia berbangga anaknya memberitahu tentang perkara ini sekarang.

Suspek itu kini bebas dengan ikat jamin, tetapi ibu mangsa mendakwa dia tidak dibenarkan menghampiri dia dan anak-anak atas arahan pihak polis.

Buat masa ini, dia sedang menunggu keputusan ujian sampel darah yang boleh mengesan perogol anaknya di samping menyara kehidupan anak-anaknya.

Dia memberitahu dia muncul di Melodi untuk meminta pengertian masyarakat yang mengkritiknya seolah-olah dia ibu yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya suaminya tidak pernah memberi nafkah, jadi dia perlu keluar mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan anak-anaknya.

Ibu mangsa turut menceritakan yang sebelum ini, semasa anaknya masih kecil,  anaknya sering diugut oleh suspek yang dia akan memukulnya sehingga wajahnya tidak dikenali oleh ibunya sendiri sekiranya memberitahu perlakuannya pada sesiapa. Apabila suspek sudah remaja, dia berkata pula  dia akan menyasarkan adik mangsa sekiranya mangsa enggan menuruti kehendaknya.

Akhir sekali, dia meminta sesuatu dari masyarakat:-

Advertisement

Tolonglah, apabila sudah tahu anak saya dirogol, terutamanya cikgu-cikgu yang memberikan senyuman sinis seolah-olah bertanya apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu, tolonglah berhenti. Saya pun tidak tahu perkara ini hendak terjadi, tolonglah jangan berikan saya “pandangan itu”.

Sekiranya anda hendak menonton klip wawancara tersebut, sila ke laman sesawang Tonton.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

279 Comments

  1. boya darat

    March 14, 2012 at 4:22 pm

    perogol—-iwan ruffedge….SIALLL

  2. Trust

    March 13, 2012 at 4:35 pm

    Kesian dia. Most Malaysian kids are very timid. lagi2 kalau da kena ugut. Ape yang lelaki tu buat bayangkan lah ape yang akan terjadi kat budak remaja tu. Ape yang lelaki tu buat, untuk dia senanglah. tapi what about the girl? the effect after that. He never thinks of what he did to the girl. Imagine when we look at a 7 year old girl or 14 year old. They are so young but i seriously don’t know what and how this pedophile look at her and rape her. This is SICK!

    Kids need to be educated since young so that they know what to do. It does not matter whether is it a boy or girl.

    And she should go to the psychologist not a “counselor” . People should support her, not blame her. And also the mom, people shouldn’t blame the mom. It was never her fault. Who would even think your partner would rape your child right.

    “It is hard to grow up when you don’t know who to trust”

  3. sz

    March 9, 2012 at 5:57 pm

    apa yg terjadi mmg tak terduga oleh kita manusia biasa..seorang bapa tiri merogol anak tirinya??dunia diakhir zaman nampaknya..sesungguhnya berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul.selepas si anak mbuat aduan di balai,ibu dan adik2nya dihalau keluar dari rmh.kain baju di letak dihadapan rmh begitu shj,tanpa ada belas kasihan.ini tejadi kerana keluarga mentua marah,tidak dpt menerima tuduhan yg dilemparkan kpd anak mereka(pyanyi hiphop tu).bayangkan apa perasaan si ibu ketika itu.hanya Allah yg tahu.kemana ibu itu pergi???tiada tempat berlindung…rumah?ya allah..kejam betul mentua dan iparnya.memulakan khidupan yg baru bukanlah mudah….hidup dikota,semuanya memerlukan wang sbg jaminan utk menampung kos kehidupan.ramai yg bkata si ibu seorang exotic dancer,yea..itu dulu..kini ibu bekerja sbg receptionist cum admin.dulu sbg dancer pun demi myara anak2,selepas berhenti mjadi dancer..Allah buka jalan kpdnya..lalu dia diberikan peluang pekerjaan yg lebih baik.suaminya itu hanya mgharapkan isteri mcari duit utk sara keluarga.dayus bukan????berlagak alim…sembahyang tak tinggal tapi akal fikirannya kosong!!!nafsu dijadikan sandaran,bertopengkan agama semata.nauzubillah…kekusutan yg melanda si ibu dan mangsa tidak dapat digambarkan dgn kata2 semata.janganlah myalahkan ibu…janganlah myalahkan si mangsa itu….bgaimana jika semua itu tjadi pd diri kita/keluarga kita sendiri?jgn cepat menunding jari..jgn mudah mbuat andaian sendiri..jika pelaku terlepas dari tuduhan sekalipon….itu didunia!tetapi diakhirat…balasannya sudah pasti.bkenaan cikgu pula–>kenapa perlu menyindir si ibu?sokongan haruslah diberikan tatkala musibah melanda si ibu dan mangsa.dimana hati nurani seorang yg bergelar pendidik?renung2kanlah dan selamat beramal…yg baik dan sempurna itu dari NYA,kekurangan itu datang dari diri saya manusia biasa.sepandai2 tupai melompat,akhirnya akan jatuh ketanah jua!!!

  4. PSM

    March 8, 2012 at 12:33 pm

    celaka lah dia…sanggup buat anak kandung sedemikian rupa…nafsu dr syaitan …
    laknat lah dia…sekiranya tidak bertaubat bersungguh2

    • ulala

      March 20, 2012 at 8:05 am

      anak tiri..tapi itu bukan alasan untuk bertindak sekejam ini..manusia..manusia…

  5. Agh

    March 8, 2012 at 5:59 am

    Aduh.. Kadang2 kita tanya kenapa Tuhan menguji kita sejauh inikan? Tapi kita hanya seorg hamba. Bak kata org, pernahkah tuan ayam bertanya terlebih dulu kepada sang ayam sebelum ia disembelih… maka kita seorg hamba tidak ada hak untuk bertanya kenapa Allah menguji sehebat ini. Sebab Allah dah kata semua yang ada pada kita hanya pinjaman, bukan hak mutlak kita. Dia berhak mengambil bila Dia mahu. Dan Dia lebih tahu kenapa Dia menguji kita. Untuk ibu ini, biarlah dunia, manusia memang sentiasa bercakap selagi mulut tak terkacip. Setiap tulisan Tuhan ada hikmahnya. Yang penting sentiasa berbaik sangka dengan Allah, semoga Dia memberi jalan keluar yang terbaik utk kakak dan keluarga. Amin.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama