Ibu Mahu Kubur Arwah Zara Digali Semula & Dibedah Siasat – “Sedih Tapi Demi Dapatkan Jawapan & Keadilan”

Kehidupan

Ibu Mahu Kubur Arwah Zara Digali Semula & Dibedah Siasat – “Sedih Tapi Demi Dapatkan Jawapan & Keadilan”

Melalui laporan Berita Harian, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat nekad untuk menggali semula kubur anaknya atas tujuan bedah siasat demi mendapatkan keadilan atas kematian remaja tersebut.

Mahu kubur anak digali semula untuk bedah siasat

Sewaktu ditemubual Noraidah berkata keputusan itu dibuat setelah pelbagai persoalan bermain difikiran mengenai pemergian anaknya yang berusia 13 tahun itu.

Advertisement

Demi mendapat jawapan itu dan keadilan untuknya, saya mengarahkan dua peguam menguruskan proses bagi membolehkan kubur anak digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazahnya.

ibu zara

Katanya lagi, sewaktu pengebumian arwah yang dilakukan pada 17 Julai lalu, tiada pihak yang mencadangkan untuk melakukan bedah siasat.

Terlalu banyak perkara yang mencurigakan

Namun, pada keesokan harinya, mereka sekeluarga tersedar beberapa perkara yang mencurigakan mengenai kematian Zara.

ibu zara

Saya mahu tahu punca sebenar kematiannya, justeru proses bedah siasat perlu dilakukan dan kuburnya perlu digali semula. Apa pun keputusan yang keluar hasil bedah siasat itu kelak dan siasatan polis, saya terima dengan reda kerana ia menjawab segala persoalan yang masih tiada jawapan sehingga kini.

Sekadar info, pada 16 Julai lalu, adik Zara ditemui dalam keadaan yang parah di bawah bangunan asrama sebelum dia dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu untuk mendapat rawatan lanjut, sebelum dia disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan ahli keluarga TYT Tan Sri Musa Aman dalam kes adik zara
2025-08-01 08:34:15

Istana Seri Kinabalu Nafi Penglibatan Ahli Keluarga Tun Musa Aman Dalam Kes Adik Zara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...