Ibu Liyana Jasmay Kesal Gambar Pra Perkahwinan Anaknya Tersebar

Hiburan

Ibu Liyana Jasmay Kesal Gambar Pra Perkahwinan Anaknya Tersebar

Hati ibu mana yang tak sedih melihat gambar mesra anaknya yang masih belum sah menjadi suami isteri tersebar dan menjadi tontonan umum. Ditambah pula dengan kritikan yang diterima daripada orang ramai kerana gambar pra perkahwinan tersebut.
liyana jasmayIbu kepada Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon melahirkan rasa kesalnya terhadap penyebaran gambar-gambar pra perkahwinan anaknya memandangkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tidak lama lagi. Kata Datin Habsah kepada Sinar Harian:-

Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi. Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja. Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu.

Advertisement

liyanaHmmm… Mungkin lain kali kalau nak ambil gambar pra perkahwinan boleh cuba guna cara yang lebih Islamik. Tak perlu cium-cium dahi, peluk-peluk mesra dan posing lain yang tak sedap mata memandang. Pastinya gambar pra perkahwinan sebegitu tidak akan mengundang kritikan dan kutukan. Tak ke gitu?

P.S: Konsep iPhone Math. Nampak menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...