Perkongsian ibu kepada pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor yang meninggal dunia ketika menjalani latihan pada 28 Julai telah menyentuh hati ramai di TikTok.
Menerusi hantaran itu, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, telah berkongsi rakaman ketika menghantar anaknya, Syamsul Haris Shamsudin, 22, ke kampus pada 22 September tahun lalu.
Hantar Syamsul Haris ke UTM Skudai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Cyber Security.. Tapi bawa dia balik sebagai jenazah.
Wanita itu didengari mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya selain turut memberi pesanan agar Syamsul Haris menjaga diri dengan baik.
@thecreamscake 28 Sept 2024 hantar Syamsul Haris ke UTM Skudai untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Cyber Security.. Tapi bawa dia balik sebagai jenazah.. 😢 #justiceforharis #utmskudai #PelapesUtm ♬ original sound – The Creams Cake

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan komen-komen daripada netizen yang mendoakan agar ada keadilan buat arwah Syamsul Haris.
Dalam pada itu, ramai juga individu yang tertanya tentang kes tersebut kerana kematian Syamsul Haris tidak tular seperti kes-kes yang lain.
Terdahulu, Ummu dan peguam yang mewakilinya telah membuat sidang media menuntut agar kematian anaknya disiasat dengan segera,
Ujar Ummu, dia tidak berpuas hati dengan alasan pihak UTM bahawa anaknya meninggal dunia akibat terkena sawan ketika latihan. Namun sewaktu melihat jenazah, Ummu menyedari kesan lebam seperti dibelasah selain darah mencurah dari mata dan hidungnya.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan serta mengenal pasti punca kematian mangsa.