Ajaib, Ibu Koma Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Trending

Ajaib, Ibu Koma Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Pernah tak sebelum ni anda dengar ibu yang koma boleh melahirkan anak?

Kejadian ini baru saja berlaku baru-baru ini apabila seorang bayi yang selamat dilahirkan selepas 33 minggu berada dalam kandungan ibunya.

Advertisement

Kredit: Facebook Cempaka Merah II

Kamareeyah Arwe yang koma akibat dari tumour dalam kepala sejak bulan Disember tahun lalu selamat melahirkan anaknya itu secara pembedahan.

Keadaan ini dikatakan sebagai satu keajaiban kerana sepanjang kehamilan ini, ibunya hanya bergantung pada susu sahaja sebagai makanan utama.

Tetapi alhamdulillah bayinya sihat seperti bayi biasa walaupun hanya bergantung pada susu sepanjang dalam kandungan.

Bapa kepada bayi tersebut, Fairol Haziri Rahim memberitahu dia tidak tahu mengenai penyakit isterinya itu malah ketika itu isterinya sudah hamil dua bulan.

Kredit: Facebook Cempaka Merah II

Besar sungguh pengorbanan ibu ini, walaupun dalam keadaan sedang bertarung nyawa tetapi masih lagi dapat melahirkan anaknya dengan selamat.

Bayi yang dinamakan Farah Hanis itu walaubagaimanapun tidak dapat merasai lagi susu badan ibunya diatas kondisi yang tidak mengizinkan.

Kisah viral ini telah dikongsi oleh sepupu Fairol di laman Facebooknya mendapat perhatian dari ramai pihak.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk keluarga ini. Semoga bayi kecil ini dapat membesar dengan sihat.

Sumber: mstar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...