“Ibu & Keluarga Beri Sokongan, Mereka Cakap Nampak Cantik” – Anak Nora Ariffin Kini ‘Freehair’, Mahu Mulakan Perjalanan Baru

Hiburan

“Ibu & Keluarga Beri Sokongan, Mereka Cakap Nampak Cantik” – Anak Nora Ariffin Kini ‘Freehair’, Mahu Mulakan Perjalanan Baru

Terbaru, anak kepada penyanyi popular, Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia telah mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan imej tidak lagi bertudung sewaktu menghadirkan diri ke acara Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), semalam.

Tampil dengan imej ‘freehair’, rambut berwarna

Sewaktu ditemubual oleh pihak mStar, Dahlia, 21, berkata keputusan menanggalkan hijab ini dibuat dengan penuh kesedaran selepas 15 tahun memakainya sejak kecil dan ia adalah cara untuk memulakan perjalanan baru bagi mendalami ilmu agama lebih mendalam dengan cara tersendiri.

Advertisement

Saya hanya pakai tetapi tidak tahu (tak faham). Saya sekarang lebih rapat dengan Allah walaupun sudah tidak bertudung. Ini antara saya dengan Allah sahaja.

anak nora ariffin freehair

Dalam pada masa yang sama, anak perempuan Nora itu turut menjelaskan bahawa keputusan untuk ‘freehair’ ini bukannya mahu mencetuskan kontroversi atau sebagai pemberontakan atas kemelut keluarga yang sedang dilalui oleh ibunya.

Sangat terbuka dengan topik ini, Dahlia turut menekankan tentang kesihatan mental dalam membuat sebarang keputusan peribadi.

Keluarga beri sokongan, enggan ambil pusing kecaman netizen

Ibu dan keluarga beri sokongan kepada saya. Mereka cakap saya nampak cantik. Apa yang penting sebagai seorang Islam perlu jadi orang baik. Sebelum ini saya pernah cakap dengan keluarga bahawa ini (buka tudung) akan terjadi.

anak nora ariffin freehair

Sedang sibuk dengan persiapan album baharunya, Dahlia merancang untuk menukar nama pentasnya daripada ‘Putri Dahlia’ kepada ‘Dahlia’ kerana dirinya enggan dikaitkan dengan imej Muslimah serta tidak mahu mengambil pusing dengan kecaman netizen.

Saya rasa nama Putri Dahlia itu sinonim dengan ikon islamik. Saya nak jadi diri saya. Dahlia saja.

anak sulung Nora Ariffin
2025-09-03 14:33:40

Anak Sulung Nora Ariffin Dedah Hubungan Dengan Keluarga Dr Rushdi Baik Sahaja - "Cuma Ada Gangguan Pihak Luar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...