Ibu Kanak-kanak Yang Dikelar Leher Mungkin Didakwa Kerana Cuai

Trending

Ibu Kanak-kanak Yang Dikelar Leher Mungkin Didakwa Kerana Cuai

Polis sedang mengkaji kemungkinan untuk mendakwa ibu kepada Siti Soffea Emelda, 2, kerana cuai menjaga kanak-kanak itu hingga menyebabkan dia diculik dan dikelar oleh seorang lelaki di Sungai Klang pada malam Khamis lepas.

sitisalmy020614

Advertisement

Menurut satu sumber yang sedang menyiasat, terdapat percanggahan pada kenyataan yang diberikan oleh Siti Salmy Suib, 32, kepada pihak polis, di mana dia mendakwa dia meninggalkan anaknya itu pada jagaan rakannya kerana mahu ke tandas pada pukul 3.00 petang.

Apabila keluar dari tandas lima minit kemudian, anak itu dikatakan tidak ada bersama rakan-rakannya dan dia mendakwa telah mencari anak itu ke serata pusat beli-belah tersebut.

Siti Salmy hanya mengetahui apa yang telah berlaku pada anaknya setelah diberitahu polis pada malam kejadian.

Bagaimanapun, apabila rakaman kamera litar tertutup diperiksa, mangsa didapati bermain seorang diri sewaktu suspek mengambilnya.

Tidak ada rakan-rakan yang dimaksudkan. Mungkin sebenarnya ada tetapi mereka tidak berada di situ sewaktu anak itu diculik. Kami sedang menyiasat ceritanya, mungkin dia cuba untuk melindungi dirinya.

Sumber itu turut memberitahu, apabila pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu ditanya mengapa dia tidak bertindak setelah melihat mangsa dengan suspek, dia memberitahu yang dia biasa melihat kanak-kanak itu bermain dan dijaga oleh beberapa orang yang berlainan, memandangkan Siti Soffea dan ibunya merupakan pengunjung tetap pusat beli belah itu.

Kami mungkin akan memasukkan tentang kecuaian dalam kertas kes yang akan kami majukan kepada Timbalan Pendakwaraya Awam.

Sementara itu, Asisten Komisioner Kanan Gan Kong Meng berkata polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan kejam Siti Soffea.

Kami masih belum tahu mengapa dia lakukannya. Kami perlukan masa untuk memproses cap jari suspek dan bedah siasat akan dilakukan pada Isnin (hari ini). Kami menyiasat kes ini dari semua sudut dan telah merakamkan kenyataan dari kedua ibu bapa mangsa dan mereka yang mengenali anak itu.

Suspek ditemui telah mati dan mayatnya ditemui membengkak pada petang Sabtu, bagaimanapun pakaian yang dipakai serta ciri-ciri fizikal beliau didapati sama dengan keterangan saksi yang melihat suspek mengelar leher Siti Soffea.

Suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, walau begitu satu sumber mempercayai yang suspek baru dibebaskan dari penjara dan ada rekod jenayah.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...