Ibu Kanak-Kanak Perempuan Mangsa Bunuh Tragis Dan Kekasihnya Ditahan

Trending

Ibu Kanak-Kanak Perempuan Mangsa Bunuh Tragis Dan Kekasihnya Ditahan

Semalam seluruh negara berbincang dan memberikan reaksi kepada berita kematian seorang kanak-kanak perempuan dua tahun bernama Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah yang mayatnya dijumpai mati dibunuh secara tragis di Paka, Terengganu. Dalam perkembangan terkini, ibu kepana kanak-kanak itu kini ditahan reman oleh polis untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan ialah kekasih kepada ibu kanak-kanak itu yang disyaki suspek utama pembunuhan tersebut dan dua orang lagi suspek. Kesemua mereka berada dalam keadaan khayal sewaktu ditahan polis.
gambar-nursyafiqah-abdullah-budak-umur-2-tahun-mati-diibunuh
Ibu Nursyafiqah, Rabiatul Adawiyah Mamat, 27, disyaki telah membuat laporan palsu yang direka berhubung kehilangan anaknya. Suspek utama yang berusia 25 tahun dipercayai ialah orang terakhir yang berada bersama Nursyafiqah sebelum kanak-kanak itu hilang. Kesemua suspek yang ditahan juga dipercayai merupakan pengedar dadah secara kecil-kecilan, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan dalam satu sidang media.

Advertisement

Mayat Nursyafiqah ditemui oleh seorang pengawal keselamatan berhampiran tandas dalam satu rumah kosong sewaktu beliau membuat rondaan di satu kawasan perumahan yang baru siap. Rumah tersebut dikatakan sedang berada dalam proses penyerahan kunci kepada pemiliknya.

Sementara itu, Berita Terkini TV3 semalam melaporkan yang bedah siasat kepada mayat Nursyafiqah dilakukan di Hospital Sultanah Zahirah pagi semalam. Ibu saudara mangsa, Mukrimah Mamat, 26 memberitahu yang ahli keluarga berada di bilik mayat hospital berkenaan bagi menuntut jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, petang semalam.

Jelas Mukrimah, anak saudaranya itu dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh kejam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...