YB Khairy Jamaluddin adalah antara 5000 peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan Ironman 70.3 yang paling mencabar di Pulau Langkawi, Kedah.
Khairy Jamaluddin berjaya menamatkan sukan triatlon antarabangsa dengan berenang sejauh 1.9 kilometer, kemudian berbasikal 90 kilometer dan larian 21 kilometer.
Sejak 3 hari lepas gambarnya menyertai perlumbaan Iron Man ini tular di media sosial. Rata-rata warga Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian beliau yang berjaya menamatkan rintangan ini.
Apa yang menarik perhatian netizen apabila ibu Khairy Jamaluddin, Datin Seri Rahmah Abdul Hamid mengalungkan pingat sejurus menamatkan perlumbaan dengan jumlah jarak 113 kilometer.
“Terima kasih penganjur @ironman_my kerana membenarkan Mama saya @hamidahrahmaha kalungkan pingat di garisan penamat.
“Segalanya bermula dan berakhir dengan ibu anda.”
Tahniah Yb Khairy Jamaluddin kerana berjaya menamatkan perlumbaan Ironman 70.3 Langkawi. Terima kasih kerana sering menjadi contoh terbaik kepada anak muda, teruskan usaha anda.