December 29th, 2017

Tidak tahan melihat anaknya  berterusan dikritik tidak waras dan mempelajari ilmu sesat, ibu tercinta Iqram Dinzly iaitu Lalitol Akmar menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada  anaknya itu. Jelas beliau, Iqram berada dalam keadaan sihat dan berkelakuan seperti biasa sahaja di rumah. Tentunya sebagai seorang ibu, Lalitol ada menegur tindakan Iqram tetapi aktor itu menjelaskan beliau tahu apa yang sedang beliau lakukan.

Saya sedar akan cemuhan yang dilemparkan terhadap Iqram, namun saya idak hirau dengan apa yang mereka katakan kerana dia berkeadaan biasa sahaja di rumah. Biarlah apa orang nak cakap, kita tidak mampu menutup mulut mereka.

Selama ini semasa menjaga arwah ayah di hospital, Iqram menerima pelbagai jenis penghina namun dia tetap bersabar. Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi. Sebagai ibu, auntie ada tegur mana yang perlu namun Iqram menjelaskan dia tahu apa yang dilakukannya.

Nampaknya ibu Iqram sendiri sudah mengesahkan dan memastikan anaknya itu masih sihat dan tidak seperti yang netizen sangkakan. Harapnya dengan penjelasan ini, tiada masyarakat yang terus melabelkan beliau tidak waras dan sebagainya. Mungkin benar aksi pelik Iqram sekadar gimik untuk mempromosikan perniagaan beliau sahaja.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...