Ibu Ini Ajar Anaknya Pengajaran Penting Dalam Hidup Guna Ubat Gigi, Jadi Viral Hingga 700,000 Perkongsian

Trending

Ibu Ini Ajar Anaknya Pengajaran Penting Dalam Hidup Guna Ubat Gigi, Jadi Viral Hingga 700,000 Perkongsian

Pasti korang tak percaya dengan ubat gigi pun masih boleh digunakan untuk mendidik anak agar faham erti hidup. Baru-baru juga, seorang wanita, Amy Gardner telah menggunakan ubat gigi untuk mengajar anaknya, Breonna, sehari semula dia memulakan sesi persekolahan barunya di sekolah.

Advertisement

Perkara yang dikongsi Amy di Facebook telah mendapat perhaitan dan perkongsian lebih 700,000 kali dalam masa seminggu ia dimuat naik.

“Anak saya akan memulakan persekolahan esok. Kami sudah hiaskan almarinya, beli uniform baru, dan juga beg sekolah baru. Tapi malam ini, sebelum dia tidur, kami lakukan satu tugas penting yang jauh lebih penting dari perkara lain.”, tulis Amy.

“Saya berikan dia satu tiub ubat gigi dan menyuruhnya memicit semua isinya ke dalam satu pinggan. Apabila dia selesai, saya suruh dia masukkan isi ubat gigi itu kedalam tiubnya semula.

“Dia mula berleter dengan berkata ‘Tapi tak boleh!’ dan ‘Ia tak akan jadi sama seperti asal!’. Saya menunggu di habis berleter dengan tenang sebelum berkata :

Kamu akan ingat sepinggan ubat gigi ini untuk seumur hidup kamu. Kata-kata yang keluar dari mulut kamu ada kuasa yang sangat besar.

Kamu akan memulakan persekolahan, dan kamu akan saksikan tanggungjawab yang akan dipikul oleh mulut kamu.

Kamu akan berpeluang menggunakan kata-kata kamu untuk menyakitkan, menghina, memfitnah dan mencederakan orang lain.

Kamu juga berpeluang untuk melihat bagaimana kata-kata kamu boleh menyembuhkan, mendorong, memberi inspirasi dan menyayangi orang lain.

Kadang-kadang kamu akan membuat pilihan salah dalam hidup.

Sama seperti ubat gigi ini, apabila kata-kata sudah keluar dari mulut, kamu tidak boleh tariknya balik.

Gunakan kata-kata dari mulut kamu dengan berhati-hati, Breonna. Apabila ada orang lain menggunakan kata-kata mereka dengan salah, pastikan kamu mengawal apa yang keluar dari mulut kamu.

Setiap kali bangun pagi, pastikan kamu membuat pilihan untuk mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja dari mulut kamu. Malam ini, buat keputusan yang kamu akan jadi seorang yang baik hati di sekolah.

Biar orang kenal kamu dengan sifat sopan santun dan kasih sayang. Kamu tidak akan menyesal memilih membuat kebaikan.

Kredit : Amy Beth Gardner

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...