Penyanyi dan juga pelakon, Kaka Azraf memberitahu dia tidak mempunyai pilihan lain selain membawa si ciliknya bersama-sama untuk menjalani latihan sempena Anugerah Juara Lagu yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Jelas Kaka, dia mengakui mengalami sedikit kesukaran namun tidak mahu menjadikan alasan mempunyai anak kecil sebagai punca utama sehingga menganggu perjalanan kariernya.
Dia dilihat telah berkongsikan video pendek keadaan semasa menjalani latihan bersama para penari dan penyanyi yang lain di sebuah studio.
View this post on Instagram
“Latihan.. terpaksa bawa anak. The struggle is real, but we got to do what we gotta do. Ada anak bukan alasan. Lantak lah orang nak cakap apa. Mommy-mommy mesti faham kan?”
Penyanyi lagu Gila itu juga berkata bahawa dia enggan terlalu mengambil kisah mengenai kata-kata orang serta tanggapan negatif yang diberikan kerana sebagai seorang ibu, Kaka sanggup melakukan apa sahaja demi kebaikan anaknya itu.
Terdahulu, Kaka dan dua orang penyanyi rap lain iaitu Noki dan Loca B kini sedang giat menjalani latihan sebagai persiapan untuk bertanding dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-35 menerusi lagu Gila yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac ini.
View this post on Instagram
Sebelum ini, penganjuran AJL35 tersebut telah ditunda beberapa kali kerana peningkatan kes wabak COVID-19 baru-baru ini.
Sekadar info, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aslan Adam yang dilahirkan pada bulan Oktober tahun lalu.