April 17th, 2020

Niat ibu kepada pelakon Hanis Zalikha, Nani Rostam memuat naik ‘posting’ penghargaan dengan menyertakan foto duit belanja yang diberikan oleh anaknya itu di Instagram telah mengundang kecaman netizen, menyifatkan tindakannya seolah berlagak dan riak.

ibu hanis zalikha dikecam tayang duit

Menerusi perkongsian tersebut, Nani mendoakan agar Hanis dimurahkan rezeki dan mendapat kebaikan dunia serta akhirat. Dia turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Bagaimanapun, ramai yang salah erti dengan niat serta tujuannya berkongsi perkara itu. Perkongsian itu tular di Twitter dan rata-rata netizen bukan sahaja mengecam, malah menyindir Nani. Mereka turut mempersoalkan perlu ke dia mengambil gambar duit tersebut bersama tasbih dan Al-Quran?

ibu hanis zalikha dikecam tayang duit ibu hanis zalikha dikecam tayang duit ibu hanis zalikha dikecam tayang duit ibu hanis zalikha dikecam tayang duit ibu hanis zalikha dikecam tayang duit ibu hanis zalikha dikecam tayang duit

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat individu yang menularkan perkongsian Nani itu bersifat dengki dan iri hati.

Pada mereka, isu itu tidak perlu diperbesarkan dan tidak ada salahnya untuk seorang ibu menghargai pemberian anaknya. Tidak perlu kongsikan foto itu kerana ia hanya mengundang tanggapan negatif.

ibu hanis zalikha dikecam tayang duit ibu hanis zalikha dikecam tayang duit

Ibu mana yang tidak menghargai pemberian anak mereka? Satu nikmat perasaan terharu yang sukar untuk digambarkan. Kita fikir positif sahaja, semoga dengan perkongsian ibu Hanis ini, akan ada lebih banyak anak-anak di luar sana berkongsi rezeki dengan ibu mereka.


12 responses to “Ibu Hanis Zalikha Dikecam Tayang Duit Belanja Pemberian Anak”

  1. Saya says:

    Kalau nk doa utk ank2 perlu ke up gambar duit? Bukan ank ko sorg je bg duit. Kesian…. Mak2 artis ni contohi lah mak siti nurhaliza. Tgk dia dr dulu sampai skrg sama je. Kalau bercakap pun senyum tak sombong. Ni kan pula nk up pic duit pemberian ank2. Huh

  2. nani shotam says:

    ia betul tu mak dia ni mmg poyo akak mcm anak dia tokti hahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...