June 9th, 2015

Sikap rendah diri Hairul Azreen telah membuatkan ibu mertuanya, Nani Rostam mempunyai sebab beliau tersendiri apabila ingin melepaskan anak perempuannya, Hanis Zalikha untuk berkahwin dengan aktor tersebut.

Walaupun perangai Hairul ada sedikit kebudak-budakan, beliau juga sebenarnya seorang yang bertanggungjawab dan pandai untuk mengambil hati orang lain.

Masa mula-mula berjumpa dengan  Hairul lagi kami sudah suka akan sikapnya yang bertanggungjawab  dan pandai mengambil hati hingga mudah buat orang suka kepadanya. Cuma kelakuannya sedikit agak kebudak- budakan, namun sikap rendah dirinya buat kami sekeluarga tertarik.

Nani berharap agar anaknya itu tabah dalam menghadapi segala cabaran dan dugaaan dalam melayari bahtera rumah tangga dan mendoakan kebahagiaan Hanis dan Hairul bersama.

Saya mendoakan agar mereka berbahagia dan kuat dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang kerana dalam perkahwinan ada pasang surutnya dan harap mereka boleh bertolak ansur serta boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik nanti.

Memang agak sukar untuk seorang ibu melepaskan anak perempuan mereka yang selama ini dijaga dengan cukup baik dan tidak pernah melukakan anaknya itu. Besar harapan seorang ibu agar menantunya dapat melakukan perkara yang sama dan mengekalkan rumah tangga yang telah dibina.

Sumber Berita: Murai

 


Comments are closed.

Loading...