Ibu Hamil Luah Rasa Sedih, Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara ‘Free’ – “Kaya Tapi Tak Nak Buat IVF..”

Kehidupan

Ibu Hamil Luah Rasa Sedih, Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara ‘Free’ – “Kaya Tapi Tak Nak Buat IVF..”

Seorang wanita yang kini sedang hamil meluahkan rasa sedih apabila diminta mentuanya sendiri untuk beri ‘sedekah’ anak dalam kandungan kepada kakak iparnya kerana masih tidak mempunyai anak.

Difahamkan, kakak iparnya itu sedang mencuba untuk mendapatkan anak sejak belasan tahun yang lalu namun enggan melakukan IVF kerana kedekut.

Advertisement

Malah, menurutnya lagi, kakak iparnya juga lebih dari mampu untuk melakukan prosedur itu namun sewenang-wenangnya meminta bayi yang sedang dikandungnya kini.

kakak ipar minta anak dalam kandungan secara free

Aku kdg2 sakit hati laa pd sil aku nie.. die TTC berbelas tahun dan org berduit ye.. aku suruh die bt IVF tp takmau sbb?? Of course laa die xnk sakit, xnk buat rawatan sana sini, die nk senang mudah dan free mintak anak dlm kandungan aku nie.

W** laa ipar mcm nie?? Nk mintak free?? Dh laa preg aku yg sakit, beranak aku yg sakit, tiber kau nk free2..setakat bt IVF tu berapa laa sgt dgn die yg tukar kereta 2/3tahun skli tu..kereta mahal sggup kau beli, tp nk dptkn anak kau kedekut pahit + bakhil.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati dengan perkara yang menimpa wanita itu.

wanita hamil

Ramai yang meminta wanita itu untuk mengabaikan sahaja permintaan kakak iparnya itu sebaliknya menjaga emosi agar proses kehamilan tidak terganggu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mygyu ladang lembu wagyu malaysia zesty
2 hours ago

"Kita Ada Mygyu, Daging Premium Lokal!" - Dari Bekas Akauntan Kini Pengusaha Wagyu Versi Malaysia, Ini Ceritanya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...