Sedia maklum, berita mengenai perkahwinan antara pelakon Hafidz Roshdi dan kekasihnya, Athira Yuhada yang bakal berlangsung tidak lama lagi sememangnya membuat ramai pihak terkejut.
Susulan itu, pihak portal hiburan telah menemubual ibu aktor itu iaitu Haniza Mohd Jabar tetapi wanita tersebut pilih untuk mendiamkan diri dari mengulas lebih lanjut.
Minta maaf sangat-sangat, saya tidak boleh nak komen lanjut tentang hal itu.
Namun begitu, sewaktu ditanya sama ada dirinya berasa teruja bakal menyambut menantu baru, ibu Hafidz menjawab ‘alhamdulillah’.
Sebelum ini, dilaporkan aktor Hafidz Roshdi bakal melangsungkan pernikahannya bersama Athira Yuhada pada 16 Disember di sebuah dewan yang terletak di Selangor.
Sekadar info, Athira Yuhada adalah individu yang didakwa menjadi punca rumah tangga Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nur Shuhada retak.