Ibu Gigih Jual Bunga Tampung Anak Belajar Oxford, Rupanya Dah Lama Kena Tipu

Trending

Ibu Gigih Jual Bunga Tampung Anak Belajar Oxford, Rupanya Dah Lama Kena Tipu

Luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu hasil penat-lelahnya rupanya digunakan atas tujuan lain. Anak wanita tersebut yang merupakan gadis Turki ini sebenarnya hanya berpura-pura menjadi pelajar Universiti Oxford sehingga berjaya mengaburi mata orang terdekat.

Bukan itu sahaja, dia juga telah menggunakan duit kiriman ibunya hasil jualan bunga demi kemewahan hidup di negara itu.

Advertisement

Dikatakan, Merve Bozkurt, 25,  menggunakan pendapatan jualan bunga ibunya, Gulseren, 57, kononnya bagi menampung kos hidup di universiti tersebut.

Sebaliknya, dia yang tidak memiliki pasport masih berada di dalam negara dan menjadi ejen hartanah di Istanbul.

Tembelangnya pecah apabila stesen televisyen tempatan menyiarkan kegigihan ibunya yang sanggup berkorban untuk keluarga dengan menjual bunga di luar kawasan perkuburan.

Kisah Gulseren menjadi tular dan dibanjiri tawaran derma termasuk biasiswa bagi menampung kos pengajian anak gadisnya yang mendakwa sudah menyelesaikan tahun kelimanya di universiti itu.

Bagaimanapun, namanya tidak ditemui dalam senarai pelajar Oxford.

Gadis Turki ini sebelumnya mendakwa sedang menuntut di tahun kelima kursus perubatan di Universiti Oxford, tetapi semua itu hanyalah rekaan semata-mata.

Akibat dari itu, dia dilaporkan telah meminta maaf secara terbuka dan mengakui sikapnya yang tidak bertanggungjawab itu.

“Saya mereka-reka cerita. Saya membuat orang percaya kisah ini termasuk diri saya sendiri.

“Sebenarnya selama ini saya bekerja sebagai ejen hartanah di sebuah syarikat di Istanbul dan tidak pernah melanjutkan pengajian ke luar negara,” kata Bozkurt.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...