Ibu Dirogol 7 Lelaki, Anak Mati Dicekik

Trending

Ibu Dirogol 7 Lelaki, Anak Mati Dicekik

Di Bihar, India tujuh lelaki dikatakan bertindak merogol seorang wanita secara bergilir-gilir.

Lebih perit, anak wanita tersebut yang baru berusia lima tahun itu juga dicekik sehingga mati.

Advertisement

Ketika kejadian, wanita itu dan anaknya dalam perjalanan ke bank, namun kedua-dua mereka tidak pulang pada waktu yang sepatutnya.

Menurut Manoj Kumar Pathank selaku Ketua Balai Polis Murar, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas bapa dan datuk mangsa membuat laporan terhadap tujuh suspek tersebut.

 

Bagaimanapun mereka telah dijumpai oleh anggota keluarganya di sebuah kolam yang berhampiran dengan kampung.

Malah mayat kanak-kanak tersebut juga telah berjaya dikeluarkan dari kolam itu. Malah mangsa yang kini menetap bersama ibu bapanya kerana mempunyai masalah dengan suaminya itu kini difahamkan sedang mendapatkan rawatan di hospital dan berada dalam keadaan yang stabil.

Untuk rekod, polis telah menangkap seorang lelaki berusia 50 tahun dan suspek-suspek yang lain bagi membantu siasatan.

Sumber: Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...