Sebuah video menunjukkan seorang ibu menyediakan makanan untuk anak perempuannya mendapat perhatian dan jutaan tontonan.
Menerusi Twitter, ibu itu telah dikecam kerana makanan yang disediakan ditulis dengan perkataan tidak elok hanya kerana anaknya itu tidak berkelakuan baik pada hari tersebut.
Ramai individu terutamanya golongan ibu bapa meluahkan rasa marah mereka kerana tindakan wanita tersebut yang sanggup berbuat sebegitu demi ‘content’.
Kata mereka, meskipun anaknya masih belum boleh faham apa yang dikatakannya itu namun ia adalah satu perbuatan yang tidak elok.
Apatah lagi, jika suatu hari nanti anaknya tonton semula video tersebut dan melihat kelakuan ibunya itu.
Meskipun begitu, segelintir pihak dilihat menyebelahinya dan berpendapat tindakannya tidaklah teruk serta tidak memberi kesan kepada si kecil itu.
Wanita itu juga ada memuat naik video penjelasan selepas situasi tersebut mendapat perhatian di media sosial. Katanya, tidak semua orang akan faham jenaka yang cuba disampaikan.
Seorang individu berkata,
Saya bersetuju dengannya, anaknya masih kecil dan belum cukup besar untuk faham apa yang berlaku. Bukannya dia faham yang ibunya ‘kurang ajar’ (padanya).”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.