Ibu didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri, Pelakon Tampil Buat Penafian – “Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah”

Trending

Ibu didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri, Pelakon Tampil Buat Penafian – “Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah”

Anak kepada pelakon Syamim Razi, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Selangor selepas ibunya difitnah menjadi punca kepada penceraian penyanyi Nubhan dan Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Syamim atau nama sebenarnya Muhammad Syamim Shaiful Razi, 22, menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyebarkan atau memanipulasi foto peribadinya hingga mencetuskan fitnah.

Advertisement

Segala gambar yang tular dicuri dari simpanan peribadi dalam media sosial saya dan telefon individu lain tanpa kebenaran.

Gambar itu diambil beramai-ramai dalam situasi biasa, namun disalah guna dan dijadikan bahan fitnah seolah-olah menunjukkan mama saya punca penceraian Nubhan dan Dr. Fie.

Menurut pelakon telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih itu, penceraian Nubhan dan Dr. Afifah langsung tiada kaitan dengan ibunya dan hubungan mereka dengan kedua-dua pihak masih baik.

“Tengah Dalam Kereta, Nubhan Tiba-Tiba Lafaz Cerai” – Dr Afifah

Saya ingin menjelaskan dengan tegas penceraian mereka langsung tiada kaitan dengan mama saya. Hubungan kami dengan kedua-dua pihak juga tidak berubah kerana tiada apa yang perlu disorokkan.

Saya beri amaran keras kepada mana-mana individu yang masih menyebarkan gambar, cerita palsu atau membuat andaian, tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi.

Tambah Syamim, keluarganya masih berkawan baik dengan Nubhan, dan menegaskan tidak wajar sekiranya hubungan itu terus dijadikan bahan spekulasi.

Dalam masa sama, Syamim turut merayu agar orang ramai berhenti mengganggu ibunya dengan panggilan atau mesej berunsur tuduhan serta fitnah.

Beliau turut mengingatkan agar netizen menghentikan perbuatan buli siber dan penyebaran fitnah maya yang boleh menjejaskan maruah serta ketenangan individu lain.

Syamim yang kini penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi juga menyeru orang ramai supaya memberi ruang kepada Nubhan dan isterinya menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara matang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan dan isteri
2025-10-17 10:04:33

"Tengah Dalam Kereta, Nubhan Tiba-Tiba Lafaz Cerai" - Dr Afifah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...