Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ibu Dedah Rasai Perasaan Luar Biasa Ketika Hamilkan Neelofa

Menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya, ibu kepada pengacara dan usahawan terkemuka tanah air Neelofa iaitu Noorkartini tampil berkongsi luahan perasaan indahnya sewaktu hamilkan bakal isteri pendakwah PU Riz.

Advertisement

Dedahnya, beliau berasakan sesuatu yang luar biasa sepanjang tempoh mengandungkan Neelofa.

“Ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa. Perjalanan  9 bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletah mu, wahai anak ku. Kau tetap anak kecil di mata ku, yang tak jemu aku membelai dan mencium mu, kau lah cinta hatiku @neelofa.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah kepada Noorkartini kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan tinggi nilai agamanya.

Advertisement

Beberapa hari lalu, kecoh di pelusuk media sosial apabila Neelofa khabarnya sudah dirisik PU Riz dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di kediaman keluarganya.

Rentetan kejadian, Noorkartini dilihat membuat perkongsian di Instagramnya seperti mahu menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya dengan pendakwah tersebut.

“Bismillahirrohmannirohim, Ya Allah  Ya Rahman Ya Rahim, syukur pada mu Ya Rabb, saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku. Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakanya, menyerikan dan yang akan melengkapi hidupnya, yang akan menyokongnya setiap apa utusannya.”

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 Comments

  1. Anonymous

    November 4, 2020 at 10:54 am

    mungkin si ibu telah banyak berdoa dan mngucap syukur dan meluahkan prsaannya melalui ketikan..mungkin si ibu sentiasa memerhatikan perjalanan sang anak yang byk mengharungi segala rintangan, dari anak2 yang lain..knapa kita tak dapat menerima sekiranya perkara itu yg baik.selagi kita dalam dunia yg banyak godaan dan selagi kita hidup selagi itu berbagai rintangan yg kita hadapi.sedangkan saat akhir hayat kita di tarik nyawa,pun kita menempuh segala godaan iblis untuk menyasatkan.nauzubillah

  2. ceknab

    November 4, 2020 at 9:51 am

    mak lofa.. lofa adalah manusia biase.. dia bkn nabi. terlalu agungkan mnusia biase dgn segala pujian ape dia akn dapat?? perhatian? kasih sayang? sekali klu lofa buat silap blh tduduk kau nanti. jadilah manusia normal. yg ade pmikiran waras. pemikiran ilmu.

  3. Anonymous

    November 4, 2020 at 8:18 am

    Lopak terduduk ke dengan kehadiran fatima? kesian dengan baby pun kau nak steal the lime light.. Insecure tahap gaban

  4. Anonymous

    November 4, 2020 at 7:35 am

    Kannn…macam sinetron pulak..hehe

  5. Anonymous

    November 4, 2020 at 12:26 am

    betul tu. ape perasan ank2 die yg lain kn. klo aku sedih.. yela mak nye asik agung kn nelofak ni.. die la yg trbaik terindah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama