Ibu Dedah Rasai Perasaan Luar Biasa Ketika Hamilkan Neelofa

Hiburan

Ibu Dedah Rasai Perasaan Luar Biasa Ketika Hamilkan Neelofa

Menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya, ibu kepada pengacara dan usahawan terkemuka tanah air Neelofa iaitu Noorkartini tampil berkongsi luahan perasaan indahnya sewaktu hamilkan bakal isteri pendakwah PU Riz.

Advertisement

Dedahnya, beliau berasakan sesuatu yang luar biasa sepanjang tempoh mengandungkan Neelofa.

“Ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan sesuatu yang luar biasa. Perjalanan  9 bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletah mu, wahai anak ku. Kau tetap anak kecil di mata ku, yang tak jemu aku membelai dan mencium mu, kau lah cinta hatiku @neelofa.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah kepada Noorkartini kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan tinggi nilai agamanya.

Beberapa hari lalu, kecoh di pelusuk media sosial apabila Neelofa khabarnya sudah dirisik PU Riz dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di kediaman keluarganya.

Rentetan kejadian, Noorkartini dilihat membuat perkongsian di Instagramnya seperti mahu menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya dengan pendakwah tersebut.

“Bismillahirrohmannirohim, Ya Allah  Ya Rahman Ya Rahim, syukur pada mu Ya Rabb, saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku. Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakanya, menyerikan dan yang akan melengkapi hidupnya, yang akan menyokongnya setiap apa utusannya.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...